Salam Kasih buat semua.❤️🌹🙏🏽
Semalaman dia sendirian berbaring didalam gelap memerhati diri dan merenungi kisah-kisah yang mengkaitkan dengan sekujur keujudannya di mata yang ramai, Tuduhan demi tuduhan ke atas dirinya begitu bersungguh di lontarkan oleh mereka ke dalam minda mereka-mereka yang lain yang mananya juga sedang berada di luar sana.
Namun dia tetap sahaja memilih untuk berdiam dan pamirkan senyum. Dia mencantas segalanya dengan beristilahkan pegangan yang berbunyi
"Ah..,Tuhan tahu akan aku dan kenal akan segenap apa yang ada di dalam isi hati ku.."
Dia bangun, lantas belakang badannya yang telanjang tidak berbaju, dirapatkan ke dinding, selimut membalut dari paras pusat membungkus hingga ke hujung ibu jari kakinya diperlonggarkan,
Matanya yang kian cengkung kedalam kembali dipejamkan, Dia membiarkan jiwanya larut bersama pekat malam, Gelap dan sunyi malam telah lama di istiharkan oleh akalnya sebagai sahabat paling istimewa. Sepi menyendat kesegenap ruang kamarnya,
Baris kata-kata tuduhan yang di viralkan mereka yang jahil dan kejam kembali datang menyerang bagai mata parang yang tajam menikam menusuk lubuk Sukmanya. Dia memilih untuk terus pamirkan senyum.
Sesaat itu jua tiba-tiba teringat dia akan baris kata yang telah dilaungkan oleh Al Amin penyanyi Reggae dari kumpulan gengMuhammad,
‘Kuatkanlah jiwa, kuatkanlah jiwa
walau terus di duga, kuatkanlah jiwa walupun derita. Kuatkanlah jiwa, kuatkanlah jiwa walau terus di duga, kuatkanlah jiwa walu terus di luka,
Jangan tersesat di dalam terang,
jangan tenggelam di air yang tenang, darinya segalanya datang, padanya segalanyakan pulang’

Lantas suara Nuraninya berkata, “Bila indah bukan lagi pada rupa, bila manis bukan lagi Gula, terang bukan siang, gelap bukan lagi malam, lalu apakah lagi yang boleh dipersoalkan tentang kaedah 'wrongdoing dan rightdoing'?.
Maka persetankanlah apa saja jenisnya tuduhan mereka ke atas ujud mu, kerana ‘hanya Cinta yang akan mengenal cinta, dan terhanya cinta sahaja yang melihat segala-galanya, selain dari cinta, yakinilah segalanya adalah buta belaka.
Ingatlah, dari Nya segalanya datang, dan kepada Nya segalanya kan pulang.., Lantas seperti biasa, seperti mana yang telah lepas-lepas, LEPASKANLAH!,
Berpegang lah pada janji Allah azza wajala, segala tuduhan itu PASTI akan kembali merosakkan akal dan hati mereka sendiri, sesungguhnya Allah beserta sesiapa sahaja, Allah maha Adil, Mengetahui dan maha merencanakan segalanya, kembalikan semuanya kepada Allah yang maha beserta, dan senyumlah..”
Dia kembali baringkan sekujur tubuhnya,
Matanya merenung ke lelangit kamarnya. Kemudian kembali matanya di pejamkan dan dengan sebulat hati setulus perasaan, semangat kasihnya di kumpulkan, lalu dia perlahan bibirnya yang kering berkata “Wahai rahsia ujud yang menyeliputi segenap nyawa insan manusia, ku kembalikan segalanya kembali kepada mereka yang menyebarkannya”

Setelah itu disusulinya dengan bacaan ‘Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un’ sebanyak 7 kali. ❤️🌷✌🏽
No comments:
Post a Comment