Apa beza perkataan yg dimulai dgn 'al' (alif lam) dgn perkataan yg tiada 'al'?
Contohnya: البيت dgn بيت (al baitu dgn baitun)
Apa bezanya?
Bezanya mcm perkataan 'ball' dgn 'the ball', house dgn 'the' house.
Ball maksudnya bola. Bila sebut ball, maksudnya umum, tak khusus bola yg mana satu.
Tp bila dimulakan dgn perkataan 'the'; the ball, maksudnya kita sedang merujuk kpd suatu bola. Kita mau mengkhususkan pernceritaan kpd bola itu sahaja. Bola2 lain xde kna mengena.
Bezakan antara 'bola' dgn 'bola itu', okay?
Jadi, dlm Quran, bila disebut al-musyrikaat, al-musyrikun, adakah itu merujuk kpd semua org2 musyrik?
Tidak. AL-musyrikat & AL-musyrikun itu merujuk kpd segolongan musyrik yg memerangi golongan beriman, membunuh org2 beeiman & memaksa org2 beriman kembali kpd kesyirikan.
Bukan merujuk kpd semua musyrik, tp khusus kpd segolongan musyrik.
Adapun selain dari golongan yg zalim itu, kita harus berbuat baik kpd musyrik yg tidak ada kna mengena.
Apabila kita dilarang menikahi AL-musyrikat & AL-musyrikun, adakah itu bermaksud kesemua musyrik?
Tidak. Hny segolongan musyrik. Kerana apa? Kerana mereka itu zalim. Memaksa org mengikut ajaran & amalan mereka, tidak memberi kebebasan agama. Tindakan mereka itu boleh disifatkan sbg najis atau keji. Itu suatu tindakan kotor. Memaksa org menganut ajaran tertentu.
Mengapa dibenarkan kahwin ahli kitab? Bukankah mereka jg ada yg musyrik dan ada yg mukmin?
Kerana ahli kitab itu, baik mukmin maupun musyrik, kedua2nya tidak memaksa org beriman mengikut ajaran mereka. Samada kamu menjadi suami/isteri, kamu boleh hidup dgn tenang bersama pasanganmu tanpa perlu mengikut amalan mereka.
Jgn memberat2kan masalah perkahwinan.
Sudahlah haramkan pernikahan dgn kesemua musyrik, kemudian ada yg mengharamkan pernikahan dgn ahli kitab dgn alasan ahli kitab sudah tidak wujud (seolah2 hukum quran sudah tak relevan), kemudian ada pula yg mengharamkan pernikahan jika berlainan manhaj! Sunni tidak bole menikahi syiah katanya. Kemudian meleret2 hingga ada yg mengharamkan perkahwinan dgn ahli bid'ah!!!
Akhirnya mereka menyusahkan pengikut2 mereka. Ruang lingkup jodoh semakin sempit. Mereka hny membenarkan pernikahan dgn yg seagama, semanhaj, semazhab & sealiran!
Kahwin sudah susah, lagi disusah2kan..
Bila kamu sudah menyukai seseorang, kemudian dia menyukai kamu, tetapi kamu menolak jodoh itu, belum tentu akan datang jodoh yg lain.
Jgn salahkan Tuhan dgn pura2 redho spt mengatakan: tak apa la, jodoh belum sampai, Allah knows best dsb..
Yg untungnya ust la. Lps haramkan itu ini, akhirnya pengikut2 terdesak kahwin dgn ust aje la. Ustaz je yg betul, yg halal. Dpt la ust poligami free.
Ni pendapat aku jer. Sape tak setuju, takpe. Aku x pakse sesiapa bersetuju. Aku bukan mufti pun. Jgn plak fitnah aku nk menyesatkan org. Tak setuju, bantah. Bukan fitnah.
No comments:
Post a Comment