Salam ku buat mu ya Kekasih Allah❤️🙏🏽
Pada suatu hari, Datanglah seorang Anak muda datang mengadap seorang guru Sufi bagi meluahkan masalah akan sering gagalnya dia didalam mengawal sikapnya yang mananya mudah Bangga diri, Ego, cepat meledak marah dan sebagainya yang maha nagative.
Lalu dengan tenang berserta senyuman paling manis, Guru Sufi itu pun membuka satu cerita.
"Wahai Anak muda.., tersebutlah sebuah kisah kononnya disuatu masa dahulu, tentang adanya seekor Monyet yang cukup ganas, liar dan gemar menyerang siapa saja yang melintasi kawasan dimananya ianya sedang berada.
Sehinggalah satu masa, datanglah seorang Ahli Sufi melintasi kawasan itu, sebelum Monyet itu sempat bertindak, Ahli Sufi itu melemparkan tiga biji Pisang, Monyet itu memakan kesemua pisang itu.
Setelah itu keadaan Monyet itu menjadi sedikit tenang. Lantas di saat itulah Ahli Sufi itu melambungkan pula satu cermin kecil ke arah Monyet yang sedang kenyang itu, Monyet itu menyambutnya, Orang ramai disekililing memerhati dan merasa pelik.
Dan sebaik sahaja Monyet itu melihat wajahnya sendiri, dia menjadi begitu terperanjat sekali!. menyedari bahawa dirinya hanyalah seekor Monyet!, tidak lebih dari itu, hanyalah seekor Monyet yang sangat hodoh..."
"Maka itulah pentingnya bagi kita untuk selalu bercermin diri, ini supaya kita menyedari bahawa kita ini terhanya lah Manusia yang lemah dan tak berkuasa jika tidak disertakan kesejatian Zat dan Sifat Allah azza wajala. Kita tiada jika tiada Allah Ta'ala. Maka janganlah berlaku sombong ke Hadrat Allah Ta'ala yang maha beserta, yang terbaik adalah segeralah belajar ilmu Mengenali Allah".
"Surah Al Hadiid Ayat ke 3,
"Dialah yang Awal, Dialah yang Akhir, Dialah yang Zahir, Dialah yang Batin".
"Dialah yang Awal, Dialah yang Akhir, Dialah yang Zahir, Dialah yang Batin".
Mendengar akan cerita itu, terlihatlah jua akan apa yang tersirat disebaliknya, lalu berlinanganlah airmata Anak Muda itu, bersalaman sambil memohon kepada Ahli Sufi itu untuk belajar ilmu Mengenali diri dan Mengenali Allah.."

No comments:
Post a Comment