Tuesday, 14 May 2019

Wahai yang bernama MANUSIA..

Wahai yang bernama MANUSIA..
Pulangkanlah semula amanah dari Tuhanmu..
Amanah yang telah kau janjikan lama dahulu..
Amanah yang kamu, aku, mereka, dan kita..
Semuanya terima dengan sebulat suara..
Semuanya terima tanpa banyak bicara..
*ALASTU BIRABBIKUM?
QOLU BALA SYAHIDNA*
"Bukankah Aku ini Tuhanmu?"
"Bahkan Engkaulah Tuhan kami"
Wahai yang bernama INSAN..
Bagimu amanah yang terlebih dalam..
Suatu rahsia di antara Aku dan dikau..
Rahsia di sebalik sujudnya
seluruh makhluk kepadamu..
Rahsia di sebalik tunduknya seluruh
isi langit dan juga bumi terhadapmu..
*AL INSANU SIRRI;
WA ANA SIRRUHU*
"Insan itu rahasiaKu,. Dan Akulah rahasiaNya"
Namun,, jika engkau itu telah berjaya
mengetahuiNya..
Dan jika kau telah berjaya mendapatkan
anak kuncinya..
Jalanilah segalanya dengan bersahaja..
Bersahaja di dalam rahsia..
Rahsia di dalam bersahaja..
*LA HAULA WALA
QUWATA ILLA BILLAH*
"Tiada daya upaya melainkan
dengan izin tuhan"
Kerana di dalam keimanan dan kejahilan..
Dan di sebalik kerahmatan dan kemurkaan..
Tiada lain., Aku.. Aku;
AKU belaka.

No comments:

Post a Comment