Tuesday 12 March 2019

fb l


❤️MARI MENARI-28❤️
.
Mereka....
Terlalu banyak pelajaran yang istimewa telah pun aku terima melalui ‘babak kemesraan’ dikala bersama mereka, 🙏🏽❤️🌹
.
Mereka....
Ternyata telah jua terlalu banyak keparahan jiwa yang ku tanggungi hanya diakibatkan oleh ‘babak kenakalan yang melampau’ dari mereka..
.
Mereka...
“Dengan nama tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang..., Jauhilah/sejahterakan aku daripada Iblis yang dilaknati dan syaitan yg direjam...”🙏🏽
.
Dan Akhirnya Mereka...,
Amatlah ku sedari bahawa ‘Mereka’ senyatanya ‘adalah Syurga Dunia’ yang harus di sayangi, yang harus di belai dengan penuh kelembutan dan kemanjaan, serta wajib dinikmati dengan penuh rasa cinta yang tulus ikhlas dari jiwa ini..🙏🏽🌹❤️
.
Mereka...,
Sedarlah sudah daku kini, mereka tidak perlu ditengkari, tidak perlu dilawani, tidak perlu digaduhi, tidak perlu ditentangi, tidak perlu dicemburui, tidak perlu didebati, tak perlu juga ditelagahi atau diperangi....,🙏🏽
.
Sesungguhnya Mereka hanyalah perlu dibelai dan dikasihi sehingga mati..🙏🏽❤️🌹
.
Dan ‘Terima kasih/syukur dan redha pd tuhan ke atas kesedaran ini.. Sesungguhnya sangatlah MUDAH nya untuk menghadapi mereka-mereka ini.🙏🏽
.
Lantas dengan kesedaran ini, ternyatalah bahawa sesungguhnya Aku telah pun menganiayakan diri ku sendiri..🙏🏽 ❤️🌹
.
Syukur Alhamdulillah dengan kesedaran yang sebegini..,🙏🏽
Oleh dengan itu wahai jiwa Ku, janganlah Kau berhenti, teruskanlah MENARI.. ❤️🙏🏽

No comments:

Post a Comment