Sunday 31 March 2019

fb d

Ustaz dan tok guru dan yg beragama zaman sekarang yang glamour glamour tu boleh tak jujur atas ilmu. Mentah mentah menipu sedangkan kamu tahu kebenaran yang sebenar. Kamu sanggup menipu dengan mengatakan setiap makanan yang dimakan atau digemari oleh nabi itu menjadi sunnah. Sedangkan kamu tahu jumhur ulama menyatakan bahawa setiap makanan yang ada tersebut didalam hadis atau al quran bah kan segala minuman yang ada tersebut dalam hadis atau al quran itu termasuk dalam kalangan perbuatan harus sahaja (mubah) dan bukannya sunat atau wajib, ianya terserah pada individu mahu menurut atau tidak. Tetapi ramai ustaz dan tok guru menipu dengan mendefinasikan makanan sunnah bagi semua makanan yang berasal dari al quran dan hadis, sedangkan mereka tahu yang sebenarnya harus bukan sunat atau wajib. Untuk apa kamu semu sejak berzaman menipu orang awam dan membaca kitab yang penuh dengan hujah dhoif.
Sedangkan cendiakawan menyebutkan segala makanan yang membawa kebaikan dan maslahah kepada manusia sama ada yang disebutkan dalam al quran , dan hadis atau yang tidak disebutkan dalam kedua duanya , adalah harus bukan sunat atau wajib.
Kita bertungku lumus mencari susu kambing untuk diberikan kepada bayi, sedangkan rasullillah sewaktu kecil diberikan susu ibu (halimatul sa'adiah) sunnah mana pula yang kita ikuti?.
Orang kita pulak sehari baru pergi belajar tanpa rujuk kembali kitab dah rasa alim dah habis wall fb dgn IG duk post dan anggap apa yang ustaz tu sampaikan seratus peratus betul seolah olah ustaz dan tok guru tu maksum tak ada salah. Kalau dah baqhal tu bhaqal la jugak. Dan kerana kebodohan masyarakat tak nak rujuk kitab maka dengan mudah tetipu dan percaya bulat bulat. Sedarlah setiap makanan dan minuman yang ada tersebut dalam al quran atau hadis harus hukumnya bukan sunat atau wajib dan bukan sunnah.

No comments:

Post a Comment