Saturday 23 February 2019

ZIARAH MENZIARAH SESAMA KITA

ZIARAH MENZIARAH SESAMA KITA
Relaks, tuan-tuan. Jangan cepat gelabah biawak.. Ingatlah, bahawa sabar itu separuh dari iman katanya.. Kalau betul tuan-tuan beriman, usahlah naik hantu, kerana itu semua hanyalah pengaruh daripada hawa nafsu.
Jika difikirkan semula, apalah salahnya dua orang tokong ini menziarah ke masjid kita.. ini barulah benar silaturahim namanya.. barulah dikatakan sebagai agama rahmatan lil alamin.
Tuhan kalian pun tidak pernah marah, tapi kalian pula yang penuh amarah.. kalau benar dia marah, maka sudah pasti hancur berkecai dua orang patung ini disambar petir.
Sudah-sudahlah dengan isu kecil yang tidak meninggalkan kudis ini. Kalau maulana Rumi masih hidup pada saat dan ketika ini, sudah pasti beliau tersenyum hingga ke pipi.

No comments:

Post a Comment