Monday 25 February 2019

fb l

❤️MARI MENARI- 1❤️.
“Ya Kekasih🙏🏽..., Pagi ini jiwa terjaga bagaikan harimau terluka, bangun bersama kepala yang agak bergoyangan, semalam adalah satu malam yang membawa akal perasaan dan khayal ku pergi jauh, jauh dan sangatlah jauh, ‘far beyond the stars’, menyonsong bersama cita dan hampa, bersama harapan dan kecewa, yang masih tersisa di jiwa.., yang mananya masih nyata tertera di depan mata batin ini...,
Aku terus menghayun langkah tari dicelah gemburan kepekatan gelita, sesekali sempat jua aku mencuri ruang mebuka sedikit kelopak mata bagi menjeling Kerdipan Kejora dibawah sana,
“Atur saja langkah mu !”,
“Life is just a life!, nothing is permanent.., menarilah!!”
Persetankan jika ianya tidak seiring rentak irama, ayuh goyang saja, ‘ilmu untuk mereka’,, ‘Rahasia milik kita’.
Pejamkan kembali mata mu ... hayun terus langkahmu, menarilah di dalam kawah suka dan duka mu, menarilah walau disambar neraka Dunia itu,
Menarilah, kerana kita adalah CINTA, dan CINTA TIDAK PERNAH SALAH, bersahajalah kalau sesekali CINTA bersulam SUSAH, 🙏🏽
‘Menarilah’ pejamkan mata bayangkan yang indah indah sebagai penyambung tenaga positif mu,
Hanyunkan batin mu mengikut rentak degup jantung mu.. ‘Kita harus terima segalanya, duka dan kecelakaan pada akal dan jiwa, terima semuanya!,
Kautkan semuanya kedalam pelukan rindu kasih sayang kasih, dan segera olahkan semula jadikan sebagai Cahaya,
‘KERANA KITA ADALAH CINTA!’,
kebencian pasti akan kalah tatkala ianya berdepan dengan kita, kita adalah cinta, maka menarilah!, menarilah walau berentak duka lara, menarilah kerana cinta dan derita adalah sama sahaja, cuma isi ceritanya sahaja yang berbeza, lemparkan kisah seminit yang lepas, gantikan dengan rasa cinta yang tiada beralamat kemana-mana, di sini kita bertemu, disini kitakan kembali menyatu,
Datanglah pada ku, dengan tidaknlagi bersertakan ilmu dan cerita yang lalu.,
Datanglah hanya dengan sekuntum senyum mu dan, menarilah bersamaku..” ❤️

No comments:

Post a Comment