Wednesday 27 February 2019

SIRI FIZIK & MAKRIFAT: KUANTUM - KESEDARAN

SIRI FIZIK & MAKRIFAT:
KUANTUM - KESEDARAN
________________________________________
Pada salah satu eksperimen yang mashyur dalam bidang fizik quantum, pemerhatian oleh seorang saintis terhadap suatu partikel quantum, akan turut mengubah perilaku partikel yang diamatinya itu. Kesedaran si pemerhati akan mempengaruhi tingkah laku partikel itu. Fenomena ini telah disebut sebagai “keanehan quantum” (quantum weirdness).
________________________________________
Dalam erti kata lain, suatu partikel mempunyai banyak “kemungkinan realiti”, bergantung pada pemerhatian yang dilakukan terhadapnya, dan yang menjadi realiti yang dialami oleh si pemerhati itu pula, adalah kesedarannya sendiri pada saat mengamati partikel itu. Kerana pengamatan atau kesedaran si pemerhati terhadap sesuatu partikel itu adalah berbeza, dan setiap kesedaran itu pula memiliki realitinya sendiri, maka partikel itu pun mempunyai banyak kemungkinan realiti yang wujud di dalam alamnya (realm) sendiri.
________________________________________
Partikel quantum adalah bahan asas yang mencipta dan membentuk alam semesta ini, termasuklah yang membentuk jasad dan juga roh dirimu. Sekarang ini, cuba bayangkan yang dirimu itu adalah partikel quantum, dan terdapat “dirimu yang lebih tinggi” (your higher self, kamu boleh saja mengganti istilah itu sabagai Tuhan) di alam yang abstrak yang mengamati dan menggerakkan dirimu dari sebuah kawasan yang tidak kamu ketahui.
________________________________________
Dirimu yang lebih tinggi itu mempunyai banyak rencana ke atas dirimu, dan salah satu rencana -Nya adalah membuat dirimu terperangkap di bumi ini. Rencana-rencana lain dari dirimu yang lebih tinggi itu pun lalu membuat dirimu-dirimu yang lain pula hidup dalam alam-alam mereka sendiri, yang mana perkara itu terjadi serentak dengan kehidupanmu di muka bumi yang sangat indah ini.

No comments:

Post a Comment