Monday 31 December 2018

Mengenal Diri InI

Mengenal Diri InI
BUKAN untuk menjadi hebat.
BUKAN untuk menjadi kuat.
BUKAN untuk dapat melihat alam ghaib.
BUKAN untuk ghaib dari pandangan.
BUKAN untuk dapat berjalan di atas air.
BUKAN untuk boleh terbang.
BUKAN untuk menjadi bomoh.
BUKAN untuk menjadi kebal dan sebagainya...
Ilmu Mengenal Diri ini adalah untuk pegangan tauhid dan mengESAkan tuhan
Apa perlunya Ilmu Mengenal Diri
Setiap yang ada pasti dapat dikenal dan hanya yang tidak ada yang tidak dapat dikenal. Karena tuhan adalah sifat yang wajib adanya, tentulah tuhan dapat dikenal, dan kewajipan pertama bagi setiap mukmin adalah terlebih dahulu mengenal kepada tuhannya, barulah ia beriman sebagimana kata ulama sufi:
Ertinya: “Awal beragama itu mengenal tuhan.
Kenallah dirimu sendiri, sebagai pembuka jalan untuk mengenal tuhan sebagaimana sabda Nabi:
Ertinya: “Barangsiapa yang mengenal diri, maka ia akan mengenal tuhan, dan barangsiapa yang mengenal tuhan maka binasalah (fana) akan dirinya.
Lalu diri mana yang wajib kita kenal? Sungguhnya diri kita terbagi dua sebagaimana firman tuhan dalam surah Luqman ayat 20 :
Ertinya : Dan tuhan telah menyempurnakan bagimu nikmat zahir dan nikmat batin.
Jadi berdasarkan ayat ini, diri kita sesungguhnya terbagi dua:
1. Diri Zahir (Jasad) yang dapat dilihat oleh mata dan dapat diraba oleh tangan.
2. Diri batin (roh) yang tidak dapat dipandang oleh mata dan tidak dapat diraba oleh tangan, tetapi dapat dirasakan oleh mata hati.
Kerana sedemikian pentingnya peranan diri yang batin ini di dalam upaya untuk memperoleh pengenalan kepada tuhan, itulah sebabnya kenapa kita disuruh melihat ke dalam diri sebagimana firman tuhan dalam surah Az-Zariat ayat 21:
Ertinya : Dan di dalam diri kamu, apakah kamu tidak memperhatikannya.
Ada berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengenal "DIRI" ini, bergantung kepada perguruan dan kaedah guru-guru mengajar kepada murid-muridnya. Semua perguruan ini benar dan cara apa sekali pun di gunakan, tujuannya satu iaitu untuk mengenal "DIRI SEBENAR DIRI".
Inilah rahsia hidup kita dan "DIRI" inilah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuhnya oleh kita, kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat.
Kenalkah "DIRI" tadi kepada Tuhan? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.
Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:
Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui.
Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana.
Dialah Guru Mursyid yang tidak berbentuk dan tidak terbentuk.
Kehidupan sebenar ialah di dalam diri dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian.
Kesimpulannya kenalilah "DIRI" kita ini yang dialah sebenar benar "DIRI" dan kemukakanlah dia dalam segala urusan kita di dunia ini sementara menunggu hari yang kekal abadi, kerana dia kekal dan di kekalkan.
Ilmu Mengenal Diri ialah satu ilmu pengetahuan yang harus di ketahui oleh semua orang kerana tiap-tiap manusia membawanya di dalam jasad kasar mereka, haruskah penghidup jasad kita ini kita biarkan begitu saja tanpa mengenali dan merasakannya, hanya semasa maut hampir datang menjemput baru kita sedar yang dia akan meninggalkan kita...
PERLU DIINGATKAN Belajar Ilmu Mengenal Diri ini adalah untuk pegangan tauhid dan mengESAkan tuhan sebagai bekalan di hari akhirat. Jika dunia yang kita kejar, belum tentu akan tercapai tetapi jika akhirat yang kita kejar, dunia akan ikut bersama. Janji tuhan itu PASTI.
Dimanakah yang dikatakan bahawa manusia ini adalah sebaik-baik kejadian?
Diri Sebenar Diri
Setelah Roh memasukki Jasad, baharulah ujudnya "DIRI" atau jelasnya "DIRI" ini mendatang kemudian setelah Roh memasuki jasad.
Keterangan ringkasnya ialah, Roh itu adalah cahaya dan bila ia memasukki jasad maka cahaya tadi memenuhi ruang jasad di dalam dan akan menjadi seperti jasadnya sendiri. Maka dengan sebab inilah "DIRI" itu rupanya sama dengan jasadnya sendiri, tapi ianya ghaib. Harus diingat hanya yang ghaib sahaja dapat menghubungi yang ghaib.
Cahaya (DIRI) tadi mengalir ke seluruh jasad di dalam, dan dialah yang menjadi "penghidup" kepada jasad. Dialah hidup sebenar benar hidup, lagi menghidupkan.
Oleh itu kenalilah Diri Sebenar Diri anda dan kenallah anda akan Tuhan, seperti kata ahli falsafah islam yang telah merumuskan bahawa" Barang siapa mengenal Diri nescaya kenallah ia akan Tuhan"
Makrifat Cinta Ku
<<~_💘

No comments:

Post a Comment