Friday 28 December 2018

daulah

Khairuddin Abu Hassan
6 hrs
SAYA INGIN MENASIHATI TENGKU MAHKOTA JOHOR (TMJ) TURUN DARI SINGGAHSANA DAN MASUK GELANGGANG POLITIK SECARA SEPENUH MASA!!
Ampun Tuanku,
Sekiranya tuanku rasa tuanku hebat berpolitik dan gemar buat kenyataan-kenyataan berbaur politik; patik dengan rendah hati serta penuh tawadduk ingin sarankan kepada tuanku untuk turun takhta seterusnya libatkan diri dalam arena politik secara penuh masa!!
Tuanku harus ikut jejak langkah mulia dan terpuji ybm tengku razaleigh hamzah dan ym tengku azlan sir abu bakar yang mencemar duli melibatkan diri sebagai tokoh politik sepenuh masa!!
Tuanku jangan berada di atas takhta serta berselindung di belakang perlembagaan yang mana rakyat marhein akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya menjawab tohmahan tuanku secara kritis!!
Perlembagaan dan undang-undang melindungi tuanku dari menerima kenyataan-kenyataan kritis dari rakyat jelata di peringkat akar umbi!!
Bagi patik ianya amat kurang enak kerana tuanku boleh kritik rakyat marhein tetapi rakyat marhein tidak boleh mengkritik tuanku kerana keistimewaan perlembagaan untuk memagari tuanku!!
Sekiranya tuanku masih terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur politik; patik amat risau nanti kalangan rakyat marhein tidak lagi menghormati istana!!
Sesungguhnya, tuanku amat bijak pandai dan kemungkinannya berpendidikan tinggi!!
Lupakah tuanku bahawa negara kita mengamalkan sistem 'Raja Berperlembagaan" yang melarang raja-raja melayu terbabit dengan politik?!
Janganlah tuanku senantiasa serta secara berterusan mengungkapkan kenyataan-kenyataan politik yang amat tidak manis didengari oleh rakyat jelata kerana kita mengamalkan sistem 'Raja Berperlembagaan!!'
Tetapi seandainya tuanku rasa hebat berpolitik; turunlah dari takhta secara terhormat agar tuanku boleh terus mengkritik tokoh-tokoh pemimpin kerajaan seterusnya pula rakyat pun boleh mengkritik tuanku secara terbuka!!
Teladani lah jejak langkah ybm tengku razaleigh hamzah dan ym tengku azlan shah sir abu bakar!!
Jejak langkah ini barulah tuanku akan lebih dihormati dan dipandang mulia oleh sekalian rakyat marhein!!
RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA!!
Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
28 Disember 2018

No comments:

Post a Comment