Friday 1 December 2017

perjanjian Allah

Allah tidak pernah sesekali pun berjanji akan menjaga atau melindungi atau memberi pertolongan kepada orang islam, tetapi Allah menjaga, melindungi dan memberi perlindungan hanya kepada orang orang yang bertaqwa sahaja. sebagaimana firman Allah didalam surah Al Jaatsiyah :
sedangkan Allah jadi wali(perlindung/penolong)bagi orang orang yang bertaqwa. (ayat:19)
kerana Allah hanya mengasihi kepada orang orang yang bertaqwa semata mata. sebagaimana firman Allah didalam surah At taubah :
sesungguhnya Allah mengasihi orang orang yang taqwa (ayat:4)
kerana nak jadi islam itu amat mudah sekali tetapi nak jadi orang yang bertaqwa itu amat sukar sekali. jadi jangan hairan mengapa Allah tak bantu atau menolong umat islam yang ditimpa musibah, kekejaman atau penindasan, kerana islam semata mata islam tidak masuk dalam perjanjian Allah.

No comments:

Post a Comment