Monday 25 December 2017

fb d

Hentikanlah mengaku bahawa dirimu itu hamba Allah. Kerana itu semua pengakuan orang orang menipu. 
Apakah kamu kenal tuan kamu? 
Apakah kamu kenal siapa tuan kamu? 
Kamu tidak kenal dan tidak mengenal tuan kamu, tetapi kamu mengaku yang kamu hamba dia . Cukup besar penipuan yang telah kamu lakukan, kamu tidak kenal tetapi kamu mengaku kamu hambanya. 
Jika kamu benar benar kenal tuan kamu nescaya kamu benar benar menjadi hamba bukan menjadi penentang tuan kepada hamba. 
Kamu penentang segala perintah suruhan dan larangannya kamu tentang habis habisan, tetapi kamu mengaku bahawa kamu hambanya. Jika benar kamu hambanya nescaya kamu kenal tuan kamu dan siapa tuan kamu dan kamu tidak akan sesekali menjadi penentang. Celakalah bagi kamu yang mengaku hamba tetapi tidak kenal tuan kamu dan tiada kenal siapa tuan kamu.

No comments:

Post a Comment