Monday 11 December 2017

"PENYAKIT HATI


EPISOD "PENYAKIT HATI"
Kalau kita lihat sebelum-sebelum ni golongan seperti tarikat, hakikat, makrifat, di kecam oleh ulama-ulama fekah serta ahli-ahlinya. Di tentang habis-habisan, di hina, di keji, di caci, serta di hentam. Tapi golongan yang di kecam mendiamkan diri.
Kalau kita lihat pada harini isu LEPAT. Dia selalu di tomah di kutuk dengan apa yang dia bawa. Padahal dia tak kacau orang, dia bukan pergi rumah ke rumah mengajar ugama, orang yang datang mencari dia nak kan ilmu jalan ketuhanan. Pasal barang ni tak ada di surau atau masjid. Jadi kenapa nak kata dia tak betul?
Ohhhhhh sebab ulama tak ada ajar? Macam mana ulama nak mengajar, sebab ulama-ulama moden ni lebih kepada membaca & percaya melalui logik akal (dalam kotak pemikiran). Jadi perkara yang tak sampai di akal seperti termaktuk di dalam hadis qudsi, mereka terus menolak mengatakan daif dan tidak ada unsur yang boleh dipercayai. Padahal mereka tak capai dek akal.
Sedangkan golongan hakikat / makrifat mereka lebih kepada mengaji & mengkaji, setelah jumpa jawapan baru mereka meletakkan sesuatu kepercayaan. INI BARU BENAR brader! Pada sahabat LEPAT teruskan perjuangan anda! JIHAD KE JALAN ALLAH!
Kenapa orang fekah bermaharajalela? Sebab tiada yang berani menentang, tiada yang berani bersuara. Harini bila ada yang berani menentang fekah & membeza-bezakan fekah dengan hakikat / makrifat sehinggakan kelihatan fekah ini KERDIL & KULIT semata-mata, Mereka mulai API! Mereka MARAH! Mereka merasakan cukup TERHINA! Mereka merasakan TERCABAR! WHY?
Golongan hakikat / makrifat relax je.. tenang je.. tak ambil kisah pun bila di tomah. Kenapa bila kena balik pada golongan anda, anda melatah? Jadi cukup-cukuplah.. Kalau anda rasa jalan ugama anda tu betul, silakan kami tak kacau & jika kami rasa ugama yang kami bawa ini betul, anda tak payah la kacau. Bawa jalan masing-masing je. Kan senang? Macam korang cakap la NANTI ALLAH HITUNG. Aku tak boleh nak tolong kau, kau pun tak boleh nak tolong aku. So tak payah sibuk-sibuk. Sahabat LEPAT selalu cakap "LAKUM DINUKUM WALIYADI" hahahaha terbaik!
Lagi 1 saya nak compare sikit. Kalau kita lihat sahabat LEPAT menyalur ilmu Allah siang & malam tak ambil SEPOSEN pun kepada sesiapa yang menonton online mahupun yang berkunjung ke rumahnya. Berbanding ulama harini bercakap bergantung pada bayaran. Sahabat LEPAT dia jual novel bukan jual kitab, dia jual baju bukan jual CD. Jadi Di mana buruknya sahabat LEPAT? Kalau nak dibandingkan manusia harini belajar ugama kerana kerjaya (kemewahan, status, kedudukan, pangkat, dll) & bukan semata-mata mencari keredhaan Allah seperti sahabat LEPAT.
Sebab LEPAT tahu ilmu Allah itu tidak boleh berdagang. Tapi ulama aje yang betul, LEPAT aje yang salah. Saya rasa sahabat LEPAT kena potong rambut pakai kopiah berjubah baru mereka aman kot? hahaha.. maaf sahabat LEPAT saya melawak sikit. Kalau tak aman juga, itulah dia PENYAKIT HATI!
Sekali lagi NAK TEGASKAN.. golongan hakikat / makrifat juga berpegang pada Al-Quran & Hadis serta Sunnah-Sunnah Nabi. So jangan nak fitnah itu ini. Yang membezakan manusia itu ada TAHAP ILMU seseorang.
Bab ni TAK PAYAH DALIL, bab ni BUKAN CERITA GHAIB, bab ni KORANG BOLEH NILAI DENGAN MATA KEPALA SENDIRI. Hahahahahaha AMEK KAU!
Yang Baik Jadikan Tauladan,
Yang Buruk Jadikan Sempadan.
SEKIAN

No comments:

Post a Comment