Monday 11 December 2017

hi m

-32:25
967 Paparan
Prof Nasoha Saabin
Allah menjadikan manusia untuk Dia, maksudnya Allah mahu manusia menjadi kekasihNya. Tetapi manusia telah mencintai dunia iaitu isteri,anak-anak,rumah,kebun,kereta dan lain-lain selain Allah. Tanda tidak mencintai Allah bila tak berjihad di jalan Allah. Apa maksud berjihad di jalan Allah? Berjihad bukan berperang, bukan mendapatkan kuasa dan bukan berpolitik. Berjihad maksudnya berusaha agama ada dalam diri dan ajak manusia lain supaya ada agama dalam diri mereka. Bila kita mengajak manusia lain kepada Allah, yang belum Islam kepada Islam dan mengingatkan orang yang Islam, maka Allah akan masukkan Allah ke dalam hati kita. Bila dalam hati ada Allah baru bermula agama dalam diri. Berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri, Allah akan selamatkan daripada api neraka. Bagaimana cara berjihad di jalan Allah dengan cara Nabi Muhammad saw? Sila dengarkan ceramah oleh Prof Nasoha Saabin.

No comments:

Post a Comment