Saturday 9 December 2017

hi m

Berikut berkaitan posting saya mengenai munkar & nakir. Tertawa sendiri ada, sedih pun ada. Kalau kita lihat balik komen-komen dari golongan ahli syariat (fekah) dan golongan ahli hakikat, makrifat (tasawwuf).
Komen golongan ahli fekah JELAS rata-rata tidak berakhlak. Tidak ada adab dan tidak ada tatatertib berbanding komen golongan ahli tasawwuf yang lebih sopan, teratur, dan berilmu pandangannya. SEE?
Dalam pemahaman ugama islam, kita seharusnya mengaji (tersurat) dan mengkaji (tersirat) quran & hadis. Kita dikurniakan akal yang sempurna untuk berfikiran jauh, malah ada sesetengah pihak malas berfikir serta sombong dengan pengetahuan yang sedikit dan menerima sebulat-bulatnya tanpa berfikir dan tanpa merenung sejenak dan tanpa bermuhasabah diri. Allah juga berfirman di dalam al-quran "TIDAKKAH MEREKA MAHU MENGGUNAKAN AKAL".
Golongan-golongan ahli fekah amat suka mengatakan orang ni sesat orang tu sesat. Orang ni murtad orang tu murtad. Maki orang ni maki orang tu. Betul sangat ke pembawakan ilmu kamu tu? Sangat berbeza dengan golongan tasawwuf yang berakhlak baik. Tidak menghukum orang, menerima pandangan orang, berfikiran jauh, muhasabah diri, menerima pandangan orang dari sudut yang berbeza.
Golongan ahli fekah berpegang teguh pada quran & hadis. Begitu juga golongan ahli tasawwuf juga bersandar pada quran & hadis. Quran dan hadis itu menjadi panduan pedoman hidup. Cuma bezanya mengkaji dengan tak mengkaji je.
Sebagai contoh golongan fekah:-
Ali - Kenapa dia gemuk?
Abu - Sebab makan banyak.
Ali - Dia makan apa?
Abu - Makan makanan berat.
Ali - Makanan berat tu seperti apa?
Abu - Makanan berat la! makan macam2!
Ali - Yela contohnya?
Abu - Eh! kau banyak tanyalah! Dah dia gemuk mesti la banyak makan! #%^*$¥$
HABIS SAMPAI DI SITU SAHAJA.
Sebagai contoh golongan tasawwuf:-
Ayu - Kenapa dia gemuk?
Ani - Sebab makan banyak.
Ayu - Dia makan apa?
Ani - Makan makanan berat.
Ayu - Makanan berat tu seperti apa?
Ani - Seperti makanan fastfood.
Ayu - Fastfood makanan macam mana?
Ani - Burger, French Fries, Wedges, Fried Chicken.
Ayu - Kenapa semua makanan ni kategori makanan berat?
Ani - Sebab ke semua makanan2 ni berminyak dan mengandungi kalori yang tinggi. Inilah punca utama yang menyebabkan dia gemuk.
Ayu - Terima Kasih sekarang saya sudah faham.
AKHIRNYA AYU BERTEMU JAWAPAN HAKIKAT & AYU TAUHID DENGAN KEPERCAYAAN ITU. BERBANDING SI ABU YANG TERKAPAI-KAPAI & TERGANTUNG DENGAN JAWAPAN DARI ALI YANG TIADA KESUDAHAN.
Saya bagi lagi 1 contoh, sama juga seperti isu khusyuk apabila bertanya dengan ahli fekah. jawapannya:-
1- Khusyuk ni sekali seumur hidup, siapa yang dapat merasa beruntunglah. Rezeki namanya. PEMBOHONG!
2- Setiap bacaan dalam sembahyang kita, kita harus faham dan mengerti maksud ayat tersebut. Jadi di dalam sembahyang apabila kita membaca surah, kita harus menghayati terjemahannya barulah khusyuk. HABIS ORANG ARAB SEMBAHYANG NAK KENA INGAT TERJEMAHAN KE???? SEDANGKAN DALAM SEMBAYANG ALLAH SURUH INGAT DIA!
3- Kamu buat jela sembahyang.. terima tak terima itu belakang cerita. Nanti Allah hitunglah amalan kamu. Yang penting kamu laksanakan. INI LAGI TERUK! SEDANGKAN DALAM SEMBAHYANG ITU WAJIB KHUSYUK. LAGI 1 DALAM QURAN ALLAH BERFIRMAN:-
Surah AL-ISRAA ayat 36
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau TIDAK MEMPUNYAI PENGETAHUAN mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
Surah AL-MAA'UN ayat 4 & 5
Maka KECELAKAAN BESAR bagi orang-orang ahli sembahyang iaitu mereka yang BERKEADAAN LALAI daripada menyempurnakan sembahyangnya.
Saya bukanlah nak mempelekehkan sesiapa, hanyalah sekadar untuk membuka minda dan nak MEMPERELOKKAN AKHLAK kita semua sebagai umat Rasullullah s.a.w yang mempunyai akhlak terpuji.
Bagi yang masih tidak boleh menerima terpulanglah pada individu. Yang baik kita jadikan tauladan, yang jahat kita jadikan sempadan. Saya akhiri dengan....
Surah YUNUS ayat 41
Dan jika mereka terus-menerus mendustakanmu (wahai Muhammad), maka katakanlah: "Bagiku amalku, dan bagi kamu pula amal kamu. Kamu tidak bertanggungjawab akan apa yang aku kerjakan, dan aku juga tidak bertanggungjawab akan apa yang kamu kerjakan".
Surah AL-KAFIROON ayat 6
Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku.
Assalamualaikum w.b.t

No comments:

Post a Comment