Thursday, 7 December 2017
ciptaan yang sempurna
Apa yang ada di langit dan bumi serta barang antara keduanya Allah ciptakan untuk kita, kerana kita ini ciptaan yang sempurna . Firman Allah dalam surah Asy Syams:
Demi diri (manusia) dan yang menyempurnakannya (Allah). (ayat:7)
Surah At Tin :
Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik baiknya. (ayat:4)
Kerana diri kita yang sempurna dalam banyak banyak ciptaan Allah dan kasihnya Allah kepada kita, maka Allah jadikan bumi ini tempat tinggal yang paling sempurna untuk kita. Tetapi kita masih jugak tidak tahu bersyukur, kita rosakan alam ini dengan pencemaran, memusnahkan keindahan alam kerana rakus dan tamak haloba. Dan kita lupa akan Allah setelah segala nikmat kita dapat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment