Monday 16 October 2017

*SAKIT, PUNCA DAN CARA MENGUBATINYA*

*SAKIT, PUNCA DAN CARA MENGUBATINYA*
Jasad dicipta secara BATIN (dalaman). Ia kemudiaanya digerakkan dari dalam oleh TENAGA DALAMAN (Roh). Jika kita KENAL Tenaga Dalaman yang menggerakkan jasad kita, makanya apa jua ‘sakit’ yang berlaku dari dalam jasad ini akan dapat diatasi.
Jasad adalah KENDERAAN bagi Roh. Kenderaan ini teramat canggih. Sewaktu kenderaan ini dicipta, ia telah disertakan dengan”User/Owner Manual” (Buku Panduan Penggunaan) yang lengkap tanpa memerlukan kepada apa-apa tambahan. Owner Manual ini telah ditulis dengan BAHASA RASA oleh Hakikat Pencipta dan kemudiannya telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa kata-kata mengikut sistem sesebuah masyarakat. Adakah kita tahu tentangnya? Apakah kita pernah membaca Owner Manual ini? Atau apakah kita langsung tidak tahu menahu tentang hal ini?
Sains telah menulis semula Owner Manual ini dan menamakannya Bio Energy. Melayu menggelarnya Tenaga Batin. Sanskrit menggelarnya Kundalini. Hindu menggelarnya Pranha. Cina memanggil Chi.
Astro Fizik menggelarnya "THE FORCE". "The Force" ini ditulis dalam bentuk kod DNA dan disimpan di dalam sel kita. Ia sekadar menjadi maklumat yang SEPI jika kita tidak mengaktifkannya dan THE FORCE ini akan BANGUN (Awaken) bila kita mula mengenalinya.
Setiap sel di dalam jasad ini telah diprogramkan ‘by default’ untuk SIHAT. Namun kenapa masih boleh sakit ? Kerana... kita tidak MEN-SEJAHTERA-KAN jasad, kerana kita tidak memberi kegembiraan dan membahagiakan jasad. Contoh : seperti mana anak, isteri, suami, sahabat atau kekasih kita merajuk atau memberontak . Kenapa mereka memberontak? Kerana kita tidak memberi kegembiraan kepada mereka, kerana kita tidak menghiraukan mereka, kerana kita tidak pedulikan mereka. Pastinya ada perbuatan atau sifat kita yang membuatkan mereka tidak suka. Begitulah juga halnya dengan jasad yang akan ‘meragam’ bila ada perbuatan kita yang menyebabkan sel-sel kita memberontak.
Bila sel jasad mula memberontak, kesan pemberontakan itu akan mengganggu kelancaran anggota badan dan emosi. Emosi yang terganggu kemudiannya akan mengganggu pula sistem badan yang lain. Tanda gangguan ini dikenali dengan pelbagai nama seperti marah, murung, cemburu, sedih, stress, gelisah, takut, panik dan sebagainya. Anxiety Disorder (AD) adalah nama klinikal yang sering dikaitkan dengan gangguan-gangguan emosi sebegini.
Emosi sihat yang tidak terganggu pula mempunyai nama –nama yang berlawanan seperti; ceria, tenang, gumbira, rileks, aman, berani, santai dan sebagainya.
BAGAIMANA MEN-SEJAHTERA-KAN JASAD ?
Jasad itu menjadi sejahtera melalui KESEIMBANGAN 3 perkara iaitu : Makanan, Riadah dan Rehat.
1. MAKANAN: Sel-sel yang membentuk jasad, terbina dari zat-zat makanan. Makanya kita perlu mengambil makanan yang sesuai dan perlu makan dengan cara yang betul pada waktu yang betul. Manusia itu makhluk organik, maka makanan yang paling sesuai bagi manusia ialah makanan organik iaitu makanan ASLI yang tidak diubah secara genetik (non GMO) atau yang tidak ditambah dengan bahan kimia. Makanan ASLI ini kebanyakannya mengambil masa kurang 3 jam untuk dicernakan. Ini adalah jangka waktu yang sesuai untuk sel dalam badan bekerja. Apa-apa makanan yang memerlukan masa lebih dari 3 jam untuk dicernakan, maka ia dikatakan makanan yang tidak sihat kerana boleh memudaratkan sel.
2. RIADAH : Jasad dicipta dengan 3 pergerakan asas iaitu tegak, bengkok (melentur) dan berpusing. Dalam pergerakan ini, ada sistem nafas yang perlu kita praktikkan. Makanya, kita perlu melakukan 3 pergerakan asas ini setiap hari dengan sistem nafas yang betul. Dalam Islam, pergerakan ini dikenali sebagai Solat. Pergerakan solat yang betul dengan sistem nafas yang betul, sebanyak lima kali sehari, adalah riadah yang paling mudah. Pergerakan seperti yoga, tai-chi, silat, menari, berenang, bersukan atau apa saja senaman yang melibatkan 3 pergerakan asas ini adalah wajib dilakukan, paling kurang, 20 minit setiap hari.
3. REHAT : Setelah sel-sel ini bekerja, maka ia memerlukan rehat yang secukupnya untuk menghasilkan tenaga baru. Jumlah rehat yang diperlukan oleh seseorang adalah berbeda, ianya bergantung kepada jenis makanan dan pelepasan tenaga yang dikeluarkan oleh seseorang. Tidur itu salah satu dari rehat, tapi tidur bukan satu-satunya kaedah rehat. Meditasi atau bertafakur itu juga rehat. Bersantai tanpa memikirkan apa-apa juga rehat. Apapun kaedahnya, jasad itu memerlukan rehat yang betul dan cukup. Sel itu perlu aktif, maka bergeraklah mengikut kesesuaian. Sel itu juga perlu rehat, maka rehatlah mengikut keperluan dan keseimbangan.
Penderita penyakit emosi didapati sering memakan makanan dan minuman proses, yang telah diubahsuai dan ditambah dengan pelbagai bahan kimia yang memudaratkan jasad. Ini diburukkan lagi bila mereka makan makanan yang TIDAK ASLI ini dengan cara yang salah dan makan sesuka hati tanpa mengira waktu. Tambah buruk, bila tidak beriadah dan tidak cukup rehat. Lebih memburukkan keadaan , bila mereka terpaksa bergantung kepada ubat atau “dadah yang dibenarkan” demi meneruskan hidup mereka.
Ketahuilah, dadah preskripsi ini adalah kaedah perubatan alopathic (kaedah rawatan menggunakan ubat dan pembedahan) yang lebih banyak mendatangkan keburukan jangka panjang berbanding kebaikan. Mereka yang memilih mengambil dadah preskripsi ini menyangka mereka akan pulih, namun perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka sebenarnya membayar harga ubat itu, untuk membunuh diri mereka sendiri secara pembunuhan ansuran. Perkara ini bukan mereka tidak tahu. Mereka tahu, tapi mereka sudah tidak kisah dek kerana sakit. Perbuatan mereka mengambil dadah preskripsi ini sudah menjadi budaya dan sukar untuk ditinggalkan.
Perhatikan...
Kita memilih untuk merosakkan sel kita sendiri dengan memilih makanan yang salah dan makan dengan cara yang salah dan makan dalam waktu yang salah. Kita kemudiannya memilih untuk kurang beriadah (senaman) atau memilih untuk tidak beriadah langsung. Kita kemudiannya tidak mengendahkan rehat bahkan memilih untuk tidak mahu ambil tahu tentang cara rehat yang betul. Kita sebenarnya memilih untuk merosakkan sel (jasad) kita sendiri. Kita memilih untuk tidak mengendahkan KESEIMBANGAN 3 perkara di atas.Bila sel rosak, kita memilih pula untuk mengambil dadah yang “dibenarkan” untuk mempercepatkan kematian jasad. Kita memilih cara perubatan Alopathic dan meminggirkan perubatan secara Naturopathic (semulajadi).
Segalanya adalah pilihan diri kita sendiri !
Bila kerosakan telah berlaku pada jasad, kita kemudiannya menyalahkan perkara lain. Bila alami gangguan emosi, kita salahkan keadaan, salahkan orang lain, salahkan ubat, salahkan doktor, salahkan makhluk halus, salahkan jin, salahkan saka, salahkan makanan dan yang lebih teruk, tanpa mereka sedari, mereka menyalahkan Tuhan dengan mengatakan, ini takdir Tuhan !
Kenapa kita perlu menyalahkan perkara lain sedangkan sejak dari awal kita yang memilih untuk melakukan segalanya? Kita yang pilih untuk makan apa, minum apa, masak apa, jumpa siapa, tidur bila, nak buat senaman atau tidak. Apakah ada orang lain yang buat pilihan untuk kita ?
Kenapa kita membuat pilihan untuk sakit ? Kenapa tidak membuat pilihan untuk sihat ? Kalaupun kita sudah tersalah pilih dan sakit telahpun berlaku, bukankah kita masih boleh memilih untuk sembuh dan kembali sihat?
Kesembuhan itu datang dari dalam diri kita sendiri, kerana jasad kita ini dihidupkan secara dalaman. Maka repair-lah jasad secara dalaman, bukan secara luaran dengan mengharapkan orang luar. Kerja-kerja penyembuhan ini perlu dilakukan oleh diri kita sendiri dengan cara KENAL kepada TENAGA yang MENGHIDUPKAN Diri kita ini, bukan mengharapkan penyembuhan dari ustaz, bukan dukun, bukan bomoh, bukan tabib dan bukan doktor. Mereka itu hanya membantu ke arah kesembuhan, tapi yang memilih untuk pulih melalui bantuan mereka, adalah diri kita sendiri. Kita boleh saja minum bergelen-gelen air dari ustaz atau bomoh, tapi jika fikiran kita masih NEGATIF, kesembuhan tidak akan berlaku. Kalaupun ada kesembuhan berlaku selepas minum air jampi, ia hanya bersifat sementara kerana getaran air yang dilakukan secara paksaan (tidak ikhlas) tidak mampu bertahan lama dan akan hilang selepas beberapa tempoh tertentu. Ini bukan kesembuhan, tetapi ianya merupakan situasi fikiran yang terlupa sementara kepada sakit. Kesembuhan cara ini adalah kesembuhan jangka pendek.
Kesembuhan sebenar mula berlaku bila kita memilih untuk berfikir secara POSITIF dan memilih untuk belajar tentang KESEIMBANGAN yang diperlukan dan praktikkan apa yang telah kita belajar. Bagi mereka yang telah menderita sakit dalam tempoh yang lama, proses penyembuhan itu bukan boleh berlaku secara magik. Hari ini berubat, esok sembuh. Tiada magik ! Jikapun berlaku secara magik, ianya bersifat sementara, kerana ia melanggar sistem alam. Segalanya perlu mengikut prinsip SATE TAHU.
Segalanya perlu mengikut Sunatullah, mengikut hukum alam. Kapas yang ditanam semalam, tidak boleh menjadi baju esok. Ia perlu ikut aturan alam. Sakit juga tidak datang tiba-tiba. Ia datang kerana kita yang telah lama mengundangnya secara perlahan-lahan tanpa kita sedari. Setelah beberapa lama, baru sakit datang menyerang. Begitu juga dengan penyembuhan. Ia tidak datang dengan tiba-tiba. Ia ada proses yang perlu dilalui. Proses itu berlaku di dalam diri dan melalui diri kita sendiri.
Sel (mikro) itu adalah diri jasad yang terkecil. Jasad (makro) pula terbina dari gabungan sel-sel yang mega trillion banyak ini. Makanya, apa yang diperlukan oleh jasad sebenarnya merujuk kepada apa yang diperlukan oleh sel. Makin banyak jasad makan makanan yang Tidak Asli, makin cepat sel rosak. Makin banyak masa yang diperlukan untuk mencernakan makanan, maka makin banyak kerja yang terpaksa dilakukan oleh sel dan ini membuatkan sel menjadi lebih cepat rosak. Bila sel rosak, gangguan-gangguan emosi mula terhasil.
Fakta di atas bukan hal baru. Ia adalah sesuatu yang telah lama kita tahu. Malangnya kita sering mengabaikannya. Pengabaian ini adalah penyakit yang paling banyak dihidapi oleh manusia diseluruh dunia. Namanya penyakit LALAI. Inggeris memanggilnya IGNORANCE. Nama Malai-U yang lain bagi penyakit ini ialah; penyakit TAK KISAH, penyakit LANTAKLAH dan penyakit BAGI ALASAN.
KESIMPULAN
Engkau adalah apa yang engkau pilih. Maka pilihlah apa mahumu.
Memilih untuk sakit itu mesti membayar harga yang telah ditetapkan. Kos ini wajib dan tidak dapat dielakkan. Kos ini mesti terus dibayar selagi kita sakit.
Kesan Sampingan : marah, murung, cemburu, sedih, stress, gelisah, takut, panik, derita dan sengsara + KOS
Memilih untuk sihat itu ada pilihan, samada dengan kos atau tanpa kos. Jika kita mampu, kita boleh saja keluarkan kos menjaga kesihatan, jika tidak mampu, kita ada pilihan dengan kembali kepada alam. Tanam atau beli makanan asli kita sendiri ikut pilihan dan kemampuan. Riadah dan rehat di pelusuk alam yang terbentang luas.
Kesan Sampingan : ceria, tenang, gumbira, rileks, aman, berani, santai, bahagia dan sejahtera TANPA KOS
Makanya...
Yang mana engkau pilih ?
Cara penyembuhan
DGN HURUF HIJAIYAH..
*Sediakan air putih 1 gelas...sebaiknya air telaga atau air mineral yg masih baru atau air zamzam....kemudian duduk bersila depan air ditempat sunyi.....kosongkan fikiran anda dr segala hal dunia dan bacalah....
1.Syahadah 3x
2. Bacalah basmalah ( Bismillahirrahmanirrahim) 3x
3. Bismillahi Allahuakbar 3x
4. Bismillahi Nasta'in 3x
5. Baca Alfateha tanpa Amin 21x
6. Selawat 9x
7. Hauqolah
8. Bacalah huruf yang mewakili anggota tubuh yang sakit sebanyak 33x seperti contoh dibawah
*Hendaklah dibaca dengan suara perlahan tapi boleh didengar oleh telinga...bacaaan hendaklah tepat terutama alfatehah.Cari tempat yg sunyi sambil duduk bersila dan kedua belah tapak tangan letak berdekatan dgn gelas/botol..... setelah baca seperti tersebut diatas kemudian ditiupkan pada air putih tersebut kemudian disapu sedikit pada ubun2 dan anggota badan yg sakit.....selebihnya bolehlah diminum. InsyaAllah dengan izinNya kita akan segera sembuh.
Dibawah ini akan kita perjelas setiap anggota tubuh kita mewakili ayat-ayat ALLAH.
Alif : antara kening
Ba : kening
Ta : alis
Tsa : dahi
Jim : ubun-ubun
Ha : bahu kanan
Kha : bahu kiri
Dal : kaki kanan
Dzal : kaki kiri
Ra : rusuk kanan
Zai : rusuk kiri
Sin : susu kanan
Syin : susu kiri
Shad : telinga kanan
Dhad : telinga kiri
Tha : mata kiri
Zha : mata kanan
‘Ain : tangan kanan
Ghain : tangan kiri
Fa : pinggang kanan
Qaf : pinggang kiri
Kaf : leher
Lam : leher
Mim : kepala
Nun : otak
Wau : pusat
Ha : hati
Lam/Alif : selangkangan
Amzah : jantung
Ya : Kemaluan

No comments:

Post a Comment