Sunday 15 October 2017

DIMANA AMALAN KITA

DIMANA AMALAN KITA
Imam Ghazali rahimahullah ﷻ menukilkan di dalam Kitab Bidayatul Hidayah mengenai halangan peringkat2 amalan seseorang hamba untuk sampai kepada Allah ﷻ . Sekaligus memberi kita gambaran untuk lebih meneliti di dalam mempersembahkan amalan soleh pada Allah ﷻ sehingga mampu menaikkan darjat dan kedudukan kita di sisi Allah ﷻ InsyaAllah.
1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
- Jika hamba itu pernah mengumpat, maka segala amalan soleh orang itu akan terhalang dari melepasi langit pertama.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
- Jika mengumpat tiada, maka lepaslah langit pertama, tetapi amalan dilakukan untuk habuan dunia seperti pujian, sanjungan, pangkat, harta dan kedudukan di hati manusia. Maka amalan nya tidak sampai ke sisi Allah ﷻ kerana sangkut dilangit kedua.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau Takabbur.
- Tiada umpatan, tiada ingin untung dunia tapi sombong terhadap manusia , merasakan diri lebih baik dari orang lain walaupun 1% maka terhalang di sini pula amalan nya
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
- Sudah lepas ketiga-tiga lapisan tadi, tapi merasakan dirinya adalah bagus , merasa kagum dengan amalan sendiri sedangkan semua dari Rahmat Allah ﷻ , maka tersekat di sini.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
- Merasa dengki dan tidak suka pada kesenangan dan keperolehan orang lain akan menyekat amalan melepasi langit kelima ini walaupun sudah lepas 4 lapisan tadi
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
- Tiada rasa belas kasihan pada orang lain terutama kaum kerabat sendiri, jiran tetangga walaupun non-muslim terutama dalam bab agama . Maka terhalang amalan disini.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak
- Orang ini berjaya melepasi segala dugaan keenam lapisan tapi amalannya disertai dengan riak, ingin dipuji orang. Maka segala amalannya langsung tidak sampai pada Allah ﷻ maka sia2 lah amalannya walaupun bersusah payah dia menjaga hati dari keenam lapisan tadi.
Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah SWT.
Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan kerana itulah PUNCAK KETAUHIDAN ALLAH ﷻ .
Semoga diberi TAUFIQ untuk bermuhasabah dengan amalan kita . Dimanakah agaknya amalan kita semua.
Oleh Ustaz Mohd Khairulnizam B Abd Ghani
SILA SHARE DAN SEBARKAN

No comments:

Post a Comment