Sunday 29 October 2017

melihat Allah

Allah itu wujud, wujud yang teramat sehingga silau pandangan untuk melihatnya, ianya terselindung dibalik terang, bukan bermakna ia ghaib tidak kelihatan. Ramai ahli syariat berkata bathin itu bermakna ghaib, itu salah bathin itu bermakna terlindung dalam terang, sebagai contoh matahari, matahari ada tetapi kerana silau dengan cahayanya yang terang kita tidak dapat melihatnya, tetapi kita dapat tahu ianya ada melalui tanda adanya cahaya. Kerana Allah itu terlalu terang maka terlindung dalam terang, mata zahir mahupun mata bathin tidak mampu melihat, melainkan melihat dengan pandangan Allah jua. maka dengan Allah kita dapat melihat Allah.

No comments:

Post a Comment