Monday 16 October 2017

*KOD ILMU NAFAS TERSEMBUNYI DI DALAM BAHASA*

*KOD ILMU NAFAS TERSEMBUNYI DI DALAM BAHASA*
BAHASA adalah OS (Sistem Operasi) kepada Otak. Bahasa adalah alat komunikasi yang paling asas dan sangat berkesan untuk menyampaikan sesuatu maklumat.
Dengan mengkaji bahasa, banyak kod-kod yang mengandungi maklumat dalam istilah- istilah tertentu, telah dapat dirungkaikan. Bahasa Arab, bahasa Hebrew (Ibrani) dan bahasa Aramaic umpamanya, adalah bahasa yang penuh dengan kod-kod tersembunyi. Dari ketiga-tiga bahasa ini, bahasa Arab adalah bahasa yang paling bongsu. Bahasa Arab berkembang biak dari bahasa Hebrew dan bahasa Hebrew pula berakar umbi dari bahasa Aramaic. Sebab itu, dari 28 huruf Arab yang ada, 20 darinya berbunyi dalam sebutan yang hampir sama dengan huruf Hebrew. Contoh, ALIF (Hebrew : Aleph), BA : Bev, TA : Tav, HA : He, ZAI : Zaien, SHIN : Shin, QAP : Qof, MIM : Mem, NUN : Nun dan lain-lain.
Bahasa Hebrew yang dituturkan oleh kebanyakan bangsa Yahudi misalnya, mempunyai banyak kod tersembunyi di dalam huruf dan ejaan perkataan. Kod-kod ini menyembunyikan pelbagai maklumat. Maklumat-maklumat ini kemudiaanya ditukar ke dalam bentuk pentagram (simbol) dan daripada simbol-simbol ini, ia kemudiannya ditukar kembali ke dalam bentuk perkataan.
Misalnya, pentagram STAR OF DAVID (lambang bintang berbucu 5) dan lambang KHATAM SULAIMAN (bintang berbucu 8- yang banyak digunakan di dalam simbol-simbol Islam), bila maklumat dari pentagram ini dipecahkan, maka banyak rahsia-rahsia alam ini telah dapat dirungkaikan. Kepada pihak-pihak yang berkepentingan (minoriti) yang KENAL tentang kod ini, mereka akan menggunakan segala maklumat ini untuk mengelirukan majoriti manusia yang TIDAK KENAL. Pihak-pihak yang berkepentingan ini kemudiannya telah menggunakan Bahasa Inggeris untuk menyampaikan ideologi dan doktrin mereka secara tersembunyi kerana bahasa Inggeris telah menjadi bahasa komunikasi sedunia.
Kebanyakan kod-kod yang 'tersembunyi' di dalam pelbagai bahasa ini, termasuk bahasa Me-Layu, bahasa Ar-ab dan bahasa Ingge-ris, adalah maklumat-maklumat yang telah sedia ada di dalam JASAD setiap individu. Maklumat-maklumat ini telah dibekalkan oleh HAKIKAT PENCIPTA sewaktu jasad manusia ini mula diciptaNya. Bagi mereka yang mengetahui tentang MAKLUMAT ini dan dapat menterjemahkannya sebagai ILMU, maka mereka akan mampu mengawal dunia diri mereka sendiri dan mampu pula mengawal diri orang lain (diri yang tidak tahu).
Pada jasad manusia ini, terdapat banyak Pentagram (simbol) yang hanya sekelumit manusia sahaja yang tahu tentangnya. Nafas, DNA, jantung, Iris (mata hitam) cap jari, kelenjar, saraf, dan jenis darah adalah beberapa contoh hal jasad yang mempunyai kod-kod pentagram yang tersembunyi di dalam terang.
Nafas manusia misalnya, mengandungi banyak kod-kod rahsia yang jika difahami, ianya akan mampu merungkaikan pelbagai hal tentang diri zahir dan diri batin seseorang. Sebab itu, nafas yang keluar masuk melalui jasad ini telah menjadi bahan kajian manusia dari pelbagai bangsa, agama dan pelbagai sistem kepercayaan.
Untuk mengenali hal nafas, manusia telah menggunakan pelbagai kaedah. Antaranya, kaedah BERZIKIR (ingat) menggunakan perkataan-perkataan tertentu. Melayu menggunakan kaedah Zikir Nafas. Arab memanggilnya Zikr al Nafs. Yahudi memanggil Zecher Nafesh (bahasa Hebrew). Pengamal Yoga menggunakan zikir nafas yang bergelar Amrd-Kund. Pengamal Fahaman Zen, menggunakan kaedah zikir nafas, Nanso-no-Ho. Pengamal Buddha ada amalan zikir nafas Theravada , Sikh menggelarnya Dridtha, Kristian ada amalan Anamnesis dan banyak lagi amalan-amalan berhubung hal mengenal Nafas yang diamalkan oleh pelbagai kaum di seluruh dunia.
Rekod kaedah ilmu Nafas yang tertua di dunia ditemui dalam piramid kuno para Firaun Mesir. Ia ditemui di dalam tulisan Hieroglyphics (tulisan Mesir Purba) dibawah tajuk THE BOOK OF BREATHING, yang disisipkan di dalam buku utama THE BOOK OF THE DEATH. Buku ini membicarakan bagaimana untuk KENAL Tuhan dengan cara pernafasan.
Antara petikan yang menarik di dalam teks THE BOOK OF BREATHING itu adalah :
Ayat III/6 : "Rohmu kekal bernafas. Di kalangan para pencinta, engkau akan kembali ke dunia ini dalam bentukmu yang tersendiri. Engkau adalah hal Ketuhanan dengan Roh Tuhan".
Apapun sistem kepercayaan dan amalannya, semuanya bertujuan untuk mendapatkan KESEJAHTERAAN DIRI. Namun, TERLALU SEDIKIT diri yang benar-benar memahami dan benar-benar berjaya memecahkan kod disebalik zikir nafas itu. Akhirnya, kebanyakan zikir nafas hanya sekadar menjadi hal teori kata-kata dan sekadar menjadi hal ritual agama yang menjadi bahan ikut-ikutan dari guru kepada murid dan dari murid kepada murid-murid lainnya.
Bagi mereka yang telah berjaya merungkaikan akan kod-kod ini, makanya, mereka akan sentiasa SEDAR dan sentiasa HIDUP dalam alam KESEDARAN NYATA (Total Consciousness/Makrifah). Nantinya, mereka akan SEDAR bahawa hal JASAD dan hal ROH yang kelihatan DUA itu (Duality), sebenarnya adalah SATU hal yang SAMA yang tidak pernah terpisah (Oneness).
Hal Jasad dan Roh kelihatan bagaikan hal DUA perkara yang berbeda, namun bila MAKLUMAT dari kod nafas itu dapat ditukarkan menjadi ILMU, makanya, hal DUA perkara yang berbeda itu akan tidak lagi nampak berbeda, ia adalah hal HAKIKAT DIRI yang SATU. Ia seolah-olah kelihatan DUA kerana kita tidak dapat memecahkan kod LAW OF DUALITY (Hukum Berpasangan). Bila Hukum Berpasangan ini dimengertikan, maka tidak lagi terlihat DUALITY (Dua) tetapi segalanya ONENESS (Tunggal).
Bagaimana kita boleh tahu akan hal ini ?
Kita boleh tahu kerana segala maklumat atau kod itu ada pada jasad kita sendiri. Kod dalam jasad itu seumpama KOD BINARY yang digunakan untuk membuat bahasa komputer. Komputer hanya menggunakan DUA (Binary) angka iaitu angka 0 dan angka 1 untuk membolehkan ia berfungsi. Hanya dengan DUA angka iaitu angka '0' dan angka '1' manusia boleh mendapatkan maklumat "Sepantas Kilat". (The Light of Speed).
Alam dunia zahir (Uni-verse) dan alam diri batin (Inner-verse) diprogramkan secara sistem Binary (Dua/Berpasangan) oleh HAKIKAT PENCIPTA, namun pasangan yang KEDUA tu hanya berbentuk IL-LUSI. Ia adalah bayang yang menzahirkan hal yang SATU.
Umpama dua angka binary, iaitu angka 0 dengan angka 1. Yang ada nilai adalah angka 1. Angka 0 tiada nilai, tetapi angka 0 boleh memberi nilai yang berbeda kepada angka 1 jika angka 0 itu diletakkan di belakang atau di hadapan angka 1. Makanya, yang nyata bernilai adalah angka 1, angka 0 hanya IL-LUSI (bayangan) yang berperanan sekadar menunjukkan tentang NILAI angka 1. Jika tiada angka 0, angka 1 tetap mempunyai nilai. Nilainya TUNGGAL, bernilai SATU (Oneness/Ahad).
Maka perhatikanlah pada seluruh jasadmu. Telek dan selidiklah segala yang ada pada tubuhmu, nescaya engkau akan MENGENAL. Bila engkau telah mengenal, segalanya tentang dirimu, engkau menjadi SECERAH dan SEPANTAS KILAT kerana sememangnya DIRI ENGKAU itu, adalah CAHAYA yang menerangi seluruh alam Batin dan Zahir!
Duhai diri....
Alangkah indahnya jika engkau memahami CODE di dalam bahasa tulisan Ku ini. Ia Tersembunyi di dalam TENAGA yang mencetuskan CAHAYA Terang. Jika engkau nampak, Engkaulah Manu-sia dari CAHAYA yang menampakkan TERANG itu !
Cahaya dari TENAGA di Baitul Mahram !

No comments:

Post a Comment