Monday 16 October 2017

MAKRIFAHKANLAH EMOSI-MU!!!

Khalifah Shahibul Karib AlMahdiIkuti
Tafakur sesaat yang sampai kepada mengenal CINTA itu lebih baik daripada tujuh puluh ribu tahun amalan sunat.
MAKRIFAHKANLAH EMOSI-MU!!!
Wahai Diri,
Ketahuilah, bahawa seluruh alam batin dan zahir ini adalah milik Engkau. Engkau bukan DIRI yang wujud dalam alam ini sebaliknya seluruh alam ini wujud di dalam DIRI Engkau. Jasad Engkau yang bernama MANU-SIA adalah suatu ciptaan dari teknologi biologi Diri yang sangat sophistikated. Jasad itu disertakan dengan sistem operasi ROH Versi Binary 0.1, yang ditulis dalam kod pengaturcaraan, sistem operasi yang bernama +EMOSI-
Wahai Diri,
Andai engkau LALAI, engkau tidak mungkin akan bisa menyahkod (decode) +EMOSI- ini, makanya engkau akan keliru, ‘hang’ dan rosak akibat +EMOSI-. Andai engkau PEKA, nescaya engkau akan SEDAR dan engkau akan KENAL-SEKENAL-KENALNYA akan Sistem Operasi +EMOSI- ini. Bila engkau telah mengenal, nantinya, engkau akan sentiasa berada di alam KESEDARAN yang nyata dan engkau akan mengerti bahawa KE-SEDAR-AN tanpa pengaruh emosi itulah hakikatnya DIRI engkau.
Jika engkau sedar, nantinya engkau akan mengerti bahawa Engkau itu adalah TENAGA yang ada dalam setiap GERAK dan yang ada dalam setiap DIAM. Engkau adalah tenaga yang meliputi segala yang HIDUP dan segala yang MATI. Tenaga (energy) itu adalah sumber yang tiada mula dan tidak akhir. Ia adalah GETARAN yang menghidupkan segala yang mati dan yang mematikan segala yang hidup. Getaran ini menghasilkan GERAKAN (motion) yang mengubah EKSPRESI (emo) jasad. Ekspresi jasad yang berubah-ubah inilah yang dikenali sebagai EMOTION (Energy in Motion / Tenaga dalam Gerak).
SUMBER EMOSI
Sumber getaran dalam jasad adalah JANTUNG. Jantung mempunyai kekuatan 5,000 kali gelombang tenaga magnet dan 500 kali gelombang tenaga elektrik berbanding otak. Tanpa tenaga dari jantung, otak tidak akan berfungsi. Dari sudut spiritual, orang Malai-U menggelar jantung ini sebagai HATI. Getaran dari HATI inilah yang kita panggil SUARA HATI. Getaran suara hati inilah yang menzahirkan pelbagai emosi pada jasad kita. Suara hati itu boleh melahirkan emosi negatif yang bernama sedih, takut, marah dan boleh juga melahirkan emosi positif yang bernama gumbira, tenang dan ghairah.
Tenaga dari jantung ini tidak pernah putus. Tenaga ini sentiasa bergetar dan getaran ini menjadi gelombang yang merebak ke seluruh jasad. Otak adalah alat untuk mentafsirkan gelombang tenaga ini. Gelombang yang telah ditafsirkan ini dinamakan AKAL. Akal inilah sistem rangkaian maklumat yang menguruskan seluruh jabatan IT (information technology) jasad. Pentafsiran maklumat oleh akal ini pula bergantung kepada PERSEPSI atau KEPERCAYAAN seseorang. Makin PERCAYA seseorang itu kepada sesuatu maka makin besarlah gelombangnya.
Cara bagaimana seseorang itu melihat dan menilai sesuatu (persepsi) adalah berdasarkan kepada pengalamannya sendiri. Pengalaman ini dikenali sebagai MEMORI. Memori ini disimpan oleh AKAL di dalam otak. Tanpa memori, akal tidak berfungsi kerana akal itu sendiri, terbina dari koleksi memori yang bergelar pengalaman. Gelombang Tenaga yang ditafsirkan oleh akal inilah yang kemudiannya melahirkan gelombang tenaga lain yang dikenali sebagai FIKIRAN. Fikiran inilah yang melahirkan PERSEPSI dan sistem kepercayaan seseorang. Akhirnya, persepsi itu mewujudkan EMOSI-EMOSI yang berbeda bergantung dari sudut pandangan seseorang itu.
CONTOH
Jantung (suara hati) seseorang mengatakan yang dia sudah tidak mahu lagi hidup bersama pasangannya dan dia ingin bercerai. Jantung ini menghantar gelombang kepada otak dan otak mentafsirkannya dengan akal. Akal pula akan memproses suara hati ini dan membuat pertimbangan (berfikir) berdasarkan memori yang telah disimpan oleh pengalaman. Makanya fikiran akan melayang mengingat segala memori dulu. Jika banyak memori indah yang direkodkan, makanya akal makin sukar membuat pertimbangan. Segala baik buruk pasangan akan mula diingat. Segala susah senang dan keseronokan hidup bersama akan diimbau.
Akal mula melahirkan perspektif. Kesan akibat perpisahan dan kesan akibat jika tidak berpisah mula difikirkan. Anak, keluarga, mertua, adik-beradik, ipar-duai, jiran tetangga, harta, ego, kuasa, agama, politik, ilmu dan segalanya menjadi pertimbangan. Fikiran yang mencetuskan persepsi ini kemudiannya melahirkan pelbagai emosi. Kecewa, takut, sedih, risau, dan marah. Kerisauan yang berterusan akan menyebabkan stress, anxiety dan ketakutan melampau. Akhirnya jasad jatuh sakit.
Ramai yang menemui jalan buntu. Akhirnya suara hati itu dipinggirkan saja dek kerana pertimbangan akal dan persepsi yang mengatakan jika mereka bercerai, kehidupannya akan menderita, kehidupan anak akan porak poranda, masyarakat akan mengata dan bla bla bla. Akhirnya, dek kerana persepsi ini, mereka meneruskan perkahwinan. Mereka buat keputusan kerana pertimbangan persepsi, kerana orang lain, kerana anak, kerana mertua, kerana keluarga, kerana kasihan, kerana ingin berkorban, kerana patuh kerana hukum, kerana agama dan macam-macam kerana lagi. Perkahwinan diteruskan meskipun HATI tidak gumbira. Mereka memaksa untuk hidup bersama meskipun terpaksa berhadapan dengan konflik hati.
Hari berganti hari, anak yang dulunya dijadikan alasan untuk tidak berpisah, kini makin matang. Anak itu mula melahirkan suara hatinya pula. Dia mula berani bersuara memprotes sikap mak bapak yang hipokrasi. Kini anak itu pula mewarisi emosi negatif kerana dia belajar dari melihat lakonan-lakonan si mak bapak di dalam alam perkahwinan hipokrasi mereka. Si anak kini sudah tidak kisah samada mak bapak nak bercerai atau tidak sebab anak itu sedang memikirkan hal perceraian dirinya sendiri.
Hari berganti hari, keluarga makin jauh, jasad makin uzur, emosi makin menderita. Nantinya, baru dia tahu bahawa seluruh hidupnya habis sia-sia dek kerana mainan +EMOSI-
Hari berganti hari, tiba-tiba dirinya berkata.. "Alangkah bagusnya jika aku mengikut suara jantungku dulu"...
Tiada orang lain yang lebih mengenali akan dirimu melainkan dirimu sendiri.
Makanya...
Makrifahkan Emosi mu !!
Setiap diri manusia dilahirkan tanpa rasa TAKUT, sebaliknya setiap diri manusia itu dilahirkan dengan ‘dibekalkan’ perasaan KASIH SAYANG atau CINTA. Cinta itu bukan untuk ditakuti tetapi untuk dirasakan nikmat KECINTAANNYA.
KETAKUTAN berlaku kerana kita tidak merasai HAKIKAT KEHIDUPAN melalui penzahiran ROH, sebaliknya kita merasai KEHIDUPAN melalui penzahiran AKAL. AKAL itu terbina dari rentetan PENGALAMAN yang lalu.
Samada pengalaman itu BAIK atau BURUK, akal akan merekodkannya. Jika pengalaman itu pegalaman BURUK, akal akan menyampaikan maklumat perihal TAKUT dek berlaku lagi hal BURUK tersebut. Manakala, jika pengalaman itu pengalaman BAIK, akal akan menyampaikan maklumat, perihal TAKUT akan kehilangan hal BAIK itu pula.
Manusia itu kebanyakannya merana dek kerana ketakutan yang tidak wujud. Kita menghabiskan 90% daripada tenaga mental dan fizikal kita untuk memikirkan hal takut yang tidak wujud ini. Kita biasanya takut kepada apa yang telah berlaku semalam atau takut kepada apa yang akan berlaku esok, kedua-duanya hal yang tiada !
Manusia seringkali takut kepada hal susah, takut malu, takut sakit, takut habis, takut tak dapat, takut bercerai, takut bertemu, takut gagal, takut hilang, takut jadi, takut tak jadi dan macam-macam hal takut.
Perkara yang telah berlaku semalam, telah pun berlalu dan tidak wujud lagi sekarang. Hal yang telah berlaku dan tidak wujud lagi ini hanya ada pada NAMA sahaja. Namanya : MEMORI.
Perkara ‘apa yang akan berlaku esok’ pula, adalah hal yang belum berlaku. Ianya sekadar hal ‘angan-angan’ atau ‘khayalan’ yang berbentuk ILUSI yang palsu, yang bukan realiti.
Jika kita TAKUT dek kerana hal MEMORI atau hal ILUSI ini, kita dengan sengaja akan merosakkan jasad. Jasad adalah kenderaan kepada ROH. Bila jasad rosak, ROH akan kehilangan ‘kenderaan’ untuk menumpang. Jika tiada kenderaan, maka sukarlah ROH meneruskan perjalanannya di alam fizikal ini, melainkan jika ROH telah mencapai hal kesempurnaan yang tidak lagi memerlukan jasad sebagai kenderaan.
Untuk hilangkan ketakutan, hiduplah di dalam realiti SEKARANG !
Hiduplah dalam realiti HARI INI ! Nikmati apa saja rasa CINTA yang ada SEKARANG. Hayatilah rasa Kasih dan SayangNya yang meliputi segala ruang Memori Hari Semalam dan Ilusi Hari Esok.
Berterima kasihlah kepada seluruh makhluk dan berbuat baiklah dengan seluruh alam, zahir dan batin. Rasakan nikmat Kasih dan SayangNya. Hiduplah dalam nikmat Kasih dan SayangNya pada setiap detik dan ketika.
Inilah IHSAN ! Ihsan ada dalam CINTA.
CINTA menghilangkan segala ketakutan !

No comments:

Post a Comment