Friday 15 January 2016

tasawuf&tazkirah


Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah( La Ilaaha Illallah ) dan mohonlah keampunan bagi dosamu dan bagi dosa orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu.

- Muhammad:19

Wahai hambaKU! Tetaplah engkau disisiKU, berhadapKU, hidup bersamaKU dan jangan engkau kembali lagi kepada alam yg rendah ataupun alam yg tinggi....

- BUTA SELAIN ALLAH

اللهم صلي وسلم على سيدنا وحبيبنا
ومولانا محمد وعليه وعلى آله وصحبه وبارك وسلم

اللهم صلي وسلم على سيدنا وحبيبنا
ومولانا محمد وعليه وعلى آله وصحبه وبارك وسلم

اللهم صلي وسلم على سيدنا وحبيبنا
ومولانا محمد وعليه وعلى آله وصحبه وبارك وسلم ُ


Berasaskan dalil dari Surah Ali Imran, “Kamu adalah umat terbaik yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyeru melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah SWT.”

Maka, bahawa kita akan menjadi umat terbaik bukan semata-mata kerana kita ini umat akhir zaman, tapi kerana kerja-kerja dakwah. Dalam ayat yang dibacakan, Allah SWT menyambungnya dengan “ … menyeru melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.”

Sayidina Umar apabila menjelaskan mengenai ayat ini berkata bahawa Allah menggunakan perkataan “KUNTUM” dan bukannya “ANTUM.” Jika “ANTUM” digunakan, maka ia merujuk kepada keseluruhan umat akhir zaman tetapi apabila Allah menggunakan “KUNTUM”, maka ia merujuk kepada Para Sahabat dan mereka yang mengikut jejak Para Sahabat. (Sila rujuk Hayatus Sahabah, Bab Pertama, Jilid Pertama)

Natijah apabila umat Islam meninggalkan kerja dakwah, maka tertutupkan pintu bantuan ghaib daripada Allah dan Dia akan menyerahkan umat ini kepada puak batil.

 “Jika kita tidak menjadi daie, maka kita akan menjadi mad‘u, yakni didakyah oleh puak batil.”

Tapi, apabila umat ini bangun buat kerja dakwah, maka Allah akan zahirkan kegerunan di hati pada musuh.

Musuh Islam sentiasa mahu melemahkan iman umat Islam dengan dua cara; pertama mereka akan membuka tawaran yang hebat dan jika tawaran tidak berjaya, mereka akan mengugut bunuh.

Contohnya yang berlaku kepada Hadrat Abdullah bin Hudzafah. Raja Rom telah menawarkan kepada kepadanya separuh daripada kerajaannya asalkan beliau meninggalkan agama Muhammad.

Hadrat Abdullah bin Hudzafah telah menolak tawaran lalu beliau dijatuhkan hukuman bunuh. Ketika beliau hendak dibunuh, beliau menangis.

Raja Rom kata, “Adakah kamu takut dibunuh?”

Jawabnya, “Tidak. Saya menangis kerana bersedih, saya cuma ada satu nyawa. Jika saya mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badan, nescaya saya akan korbankan satu persatu untuk agama Allah.”

Para Sahabat ditawarkan dengan dunia yang banyak tetapi sekelip mata pun mereka tidak pernah lalai. Namun kita ditawarkan dengan dunia yang sedikit tetapi mudah lalai.


👑Ketuklah pintu Allah bernaunglah dibawah kekuasaan NYA.Berserah diri kepada ALLAH.Wahai orang yang menentang, kembalilah kepada ALLAH.Inilah namaKU yang terdengar didunia yang tidak kekal, lalu bagaimana nanti dihari pertemuan;ini dinegeri ujian bagaimana nanti di negeri kenikmatan.
Ini namaKU sedang engkau berada didepan pintu bagaimana nanti jikalau hijab telah tersingkap .Ini kau bertata krama bagaimana nanti jika kau berhias diri.👑
(Syair Sufi)


Jika engkau berzikir dengan lisan yang memuji akan keindahan ciptaanNya nescaya DIA akan membuka hatimu yang terkunci.
(Sheikh Abdul Qader Al Jailani)




No comments:

Post a Comment