Thursday 14 January 2016

Tasawuf kalam


Siang dan malam silih berganti, Allah memperkenalkan DiriNya, didalam dirimu ada siang dan malam, Dia menyatakan KeesaanNya.

Wajib bermujahadah menuju Allah, memahami kitab-kitab dengan akalmu sahaja tidak memadai untuk mengenali Allah, kenal Allah dengan Allah.

Carilah guru mursyid yg Wasil sebagai pintu menuju kepada Allah dan kesudahan guru Mursyid adalah Allah.

Tauhidul-afaal, tauhidul- asma, tauhidul-sifat dan tauhidul-Dzat.

Wajib mengesahkan ilmu fardhu ain iaitu fekah, akidah dan tasauf. Membezakan Qadim dan baharu, halal dan haram, hati-hati tipudaya nafsu dan syaitan didalam perjalanan menuju kepada Allah.

Syariat adalah tanaman dan hakikat adalah buah hasil tanamannya.

Jangan raba dalam kegelapan hidayah, hanyut dalam perjalanan menuju Tuhan, tanya mursyid yg Wasil.

Hanyut dalam keakuan diri kerana keakuan diri belum mati,  mati sebelum mati, Tuhan belum beli, akuan Tuhan belum didapati, ikutilah orang yg Wasil.

Semoga Allah memimpin kita kepada jalan tauhidNya dan kesudahan tauhid itu diambil daripada Allah, Tuhan sekalian alam.

- BUTA SELAIN ALLAH


Terkadang dosa itu dapat mendekatkan hatimu kepada Allah dengan merasa terlalu hina dihadapan Allah, takut dan haraplah kepada Allah, takut kepada kemurkaan Allah dan mengharapkan keampunan Allah.

Bertauhidlah kepada Allah, taubat daripada dosa zahir sekali dan taubat daripada dosa batin seribu kali. Wahai hamba Allah! Janganlah engkau berputus-asa daripada bertaubat kepada Allah zahir dan batin, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

Dengan rahmat Allah engkau diciptakan, dengan rahmat Allah engkau menyembah Allah, dengan rahmat Allah engkau mati dan dengan rahmat Allh engkau kesyurga.

Jangan bergantung kepada dirimu dan jangan bergantung kepada sesuatu, bergantunglah kepada Allah, Dialah Tuhanmu.

- BUTA SELAIN ALLAH


Kenal Allah dengan Allah melalui Tajali Dzat, khitab Allah, bermukhotobat iaitu diajak berbicara dengan Allah, ia mendapat laduni daripada Allah.

Disinilah sumber matair tauhid yg sebenar, ijazah daripada Tuhan sekalian alam.

Sealim-alim manusia ialah alim dengan Allah iaitu para Hukamak r.a

Tasawwuf ialah penyucian hati daripada melihat selain Allah.

-  BUTA SELAIN ALLAH


Ahli Sufi ialah orang yg hatinya bersih-suci daripada segala sesuatu selain Allah dan ia hanya memandang Allah.


Cinta dunia itu adalah pokok segala dosa!

- Sabda Rasulullah S.A.W

Wahai hambaKU! Selagi engkau masih melihat untung dan rugi, kaya dan miskin, baik dan buruk, maka engkau belum  benar-benar mengenaliKU(Allah)....


Barangsiapa yg tidak mencapai fana diri, maka kebaikannya adalah kejahatan. Kebaikan yg mengandungi keakuan diri adalah satu kejahatan bagi hati!

- BUTA SELAIN ALLAH



No comments:

Post a Comment