Sunday, 7 June 2015

Tasawuf tinggi


🔱SENTUHAN HAKIKAT & MAKRIFAT🔱
🌟DI DALAM AL-HIKAM AL-GHAZALI🌟
🔘BY Abu Zulfiqar @ Alexanderwathern🔘
http://myalexanderwathern.blogspot.in/2015/06/sentuhan-hakikat-makrifat-dalam-al.html?m=1

Bismillah - Ringkasan ilmu dari kitab tersebut :
3.Pengetahuan menuju ke akhirat itu terbahagi kepada ilmu
mu'amalah dan ilmu mukasyafah.
Dan ilmu mu'amalah itu adalah jalan kepada ilmu
mukasyafah.
Adapun ilmu mukasyafah, mereka (para nabi) tidak
memperkatakannya selain dengan jalan rumus dan isyarat,
yang berupa contoh dan kesimpulan. Kerana para nabi itu
tahu akan singkatnya pemahaman orang ramai untuk
memikulnya.
4.
Ilmu mu'amalah itu terbahagi kepada ilmu zahir dan ilmu
batin.
Ilmu zahir ialah ilmu tentang amal perbuatan anggota badan.
Ilmu batin ialah ilmu tentang amal perbuatan hati.
14.
Wara’ itu mempunyai 4 tingkat :
Wara’ tingkat pertama (wara’ orang awam).
Wara’ para solihin.
Wara’ para muttaqin.
Wara’ para siddiqin (peringkat tertinggi).
15.
Ilmu mukasyafah itu ialah ilmu batin. Dan itulah kesudahan
segala ilmu. Telah berkata sebahagian ‘ariffin : “Orang yang
tidak mempunyai bahagian daripada ilmu mukasyafah ini, aku
khuatir akan buruk kesudahannya. Sekurang-kurangnya ialah
membenarkan ilmu itu dan tunduk kepada ahlinya.”
16.
Kami maksudkan dengan ilmu mukasyafah itu ialah terangkat
hijab yang menutupi sehingga jelaslah kenyataan kebenaran
Allah pada semuanya itu dengan sejelas-jelasnya, laksana
mata memandang, yang tidak diragukan lagi.
17.
Ulama zahir itu hiasan bumi dan kerajaan.
Ulama batin itu hiasan langit dan alam malakut.
18.
Adapun mengenal Allah Ta’ala, sifat dan af’alNya serta
sekalian yang telah kami isyaratkan dalam ilmu mukasyafah,
maka tidaklah diperoleh dari ilmu kalam. Malahan hampir
sahaja ilmu kalam itu menjadi hijab dan penghalang.
19.
Tauhid mempunyai dua kulit.
Kulit pertama - mengucapkan Laa Ilaahaillallaah.
Kulit kedua – hati tidak berlawanan dengan ucapan tadi.
Manakala isi tauhid – melihat seluruh keadaan daripada Allah
Ta’ala dengan tidak menoleh kepada perantaraan. Dan
beribadah kepadaNya dengan ibadah yang tunggal
kepadaNya. Tidak ia beribadah kepada yang lain.
21.
Seorang yang bertauhid, dia tidak melihat melainkan Yang
Esa dan tidak menghadapkan wajahnya melainkan kepada
Yang Esa itu.
22.
Adapun ilmu yang terpuji setinggi-tingginya ialah ilmu tentang
Allah Ta’ala, sifatNya, af’alNya, sunnahNya dalam menjadikan
makhlukNya dan hikmahNya pada tertibnya akhirat di atas
dunia.
23.
Ilmu (tasawuf peringkat tinggi) itu adalah laut yang tak
diketahui dalamnya. Para perenang hanya dapat merenangi
pantai dan tepinya sahaja, sekadar yang mungkin
ditempuhnya. Tidak dapat menempuh segala tepinya selain
para nabi, wali dan para ahli menurut tingkat masing-masing,
yang berbeza kesanggupan dan berlebih kurang takdir yang
dianugerahi Allah Ta’ala.
Itulah ilmu yang tersembunyi, yang tidak ditulis pada halaman
kitab. Yang menolong untuk mengetahuinya ialah dengan
jalan belajar dan menyaksikan perihal keadaan ulama akhirat.
44.
Apabila usia itu biasanya tidak berkesempatan mempelajari
segala ilmu pengetahuan, maka yang lebih utama diambil,
iaitu yang lebih baik daripada segala pengetahuan itu dan
dicukupkan dengan sekadarnya. Lalu dikumpulkan seluruh
kekuatan dari pengetahuan tadi untuk menyempurnakan
suatu pengetahuan yang termulia dari segala macam ilmu
pengetahuan, iaitu ilmu akhirat.
Yang aku maksudkan dengan ilmu akhirat ialah dua jenis iaitu
ilmu mu’amalah dan ilmu mukasyafah.
Tujuan ilmu mu’amalah ialah ilmu mukasyafah. Dan tujuan
ilmu mukasyafah ialah mengenal Allah Ta’ala.
45.
Ilmu yang paling mulia dan matlamat yang paling utama ialah
mengenal Allah Ta’ala. Itulah lautan yang dalamnya tidak
dapat diduga. Tingkat yang tertinggi untuk itu dari manusia
ialah tingkat para nabi, kemudian para wali, kemudian orang-
orang yang mengikuti mereka.
48.
Yang paling mulia ialah ilmu tentang Allah ‘Azza wa Jalla,
tentang para malaikatNYa, tentang kitab-kitabNYa, tentang
rasul-rasulNya, dan ilmu tentang jalan yang menyampaikan
kepada yang demikian. Berwaspadalah agar kegemaran tidak
ditumpahkan kepada selain ilmu-ilmu tadi, dan bersungguh-
sungguhlah mempelajarinya.
50.
Kebahagiaan adalah di belakang ilmu mukasyafah. Dan ilmu
mukasyafah adalah di belakang ilmu mu’amalah.
51.
Yang berjalan kepada Allah untuk mencapai dekatNya adalah
hati, bukan badan. Bukanlah maksudku dengan hati itu
daging yang boleh dilihat, tetapi adalah suatu rahsia daripada
rahsia Allah ‘Azza wa Jalla yang tidak diketahui oleh
pancaindera. Sesuatu yang halus daripada segala yang halus
kepunyaan Allah. Sesekali disebut dengan perkataan “ruh”,
sesekali dengan perkataan “an-nafs al-mutmainnah (jiwa
yang tenteram)”.
Agama menyebutnya sebagai “al-qalb” (hati) kerana hatilah
kenderaan pertama bagi rahsia itu. Dan dengan perantaraan
hatilah maka seluruh badan menjadi kenderaan dan alat
kenderaan untuk tubuh halus itu.
Menyingkap tabir sir itu adalah sebahagian daripada ilmu
mukasyafah – payah diperolehi bahkan tidak mudah
menerangkannya.
52.
Seluruh makhluk dihubungkan kepada Tuhan, tetapi hubungan
ruh (al-qalb) kepadaNya adalah lebih mulia daripada
hubungan seluruh anggota badan yang lain. Kepunyaan Allah
seluruh makhluk dan ruh. Ruh lebih tinggi daripada makhluk
lain.
Zat yang sangat bernilai itu yang membawa amanah Allah,
suatu tugas yang pernah ditawarkan kepada langit, bumi dan
bukit tetapi enggan menerimanya dan takut kepada zat yang
bernilai itu.
Dan janganlah difahamkan dari hal tersebut sekaan-akan
dibayangkan dengan qadimnya zat itu. Orang yang
mengatakan qadimnya ruh adalah tertipu dan bodoh, tidak
mengerti apa yang harus dikatakannya.
53
Tubuh halus itulah yang berusaha mendekati Tuhan kerana
dia daripada urusan Tuhan. Dari Tuhan sumbernya dan
kepada Tuhan kembalinya.
Adapun tubuh badan adalah kenderaan tubuh halus itu, yang
dikenderainya dan diusahakannya sesuatu dengan
perantaraannya.
61.
Al-abrar (orang-orang baik) adalah kuburan ilmu al-asrar (ilmu
yang tinggi-tinggi). Oleh itu, tidak wajarlah bagi seseorang
yang berilmu menyiarkan seluruh ilmu pengetahuannya
kepada orang.
62.
Tidaklah kurang zalimnya antara memberikan kepada yang
tidak berhak dengan tidak memberikan kepada yang berhak.
81.
Tidak ada yang maujud selain Dia. Yang lain itu ada dengan
perbuatanNya, yang melimpah daripada keadilanNya dengan
bentuk yang sebaik-baiknya, sesempurna-sempurnanya dan
seadil-adilnya.
Dia Maha Bijaksana dalam segala perbuatanNya, Maha Adil
dalam segala hukumNya. Tidak dapatlah dibandingkan
keadilanNya dengan keadilan hambaNya. Kerana hamba itu
tergambar daripadanya kezaliman dalam mengurus hak milik
orang lain, Dan tidak tergambar kezaliman daripada Allah
Taala kerana tidak dijumpai milik bagi yang lain daripada
Allah, sehingga ada pengurusanNya itu zalim.
85.
Sesungguhnya hakikat ruh itu adalah antara yang
menumpulkan pemahaman daripada mengetahuinya, dan
menyingkatkan sangka waham daripada menggambarkan
keadaan hakikatnya.
86.
Dia yang menjadikan makhluk, yang membuatnya dan yang
mengadakan qudrah dan gerak bagi makhluk itu. Maka
sekelian af’al hamba-Nya adalah makhluk-Nya dan
bergantung dengan qudrahNya.
87.
Allah sendirilah yang Maha Suci, menjadikan segala gerak
hamba-Nya, yang tidak dikeluarkan-Nya gerak-geri itu dari
kekuasaan hamba-Nya sendiri atas jalan usaha. Tetapi Allah
Ta’ala yang menjadikan qudrah hamba dan yang dikuasainya.
Dialah yang menjadikan usaha dan yang diusahakan.
88.
Pekerjaan hamba meskipun merupakan usaha hamba sendiri,
tetapi tidaklah keluar dari adanya dengan kehendak Allah
SWT. Maka tidaklah berlaku di alam nyata (alam al-mulki)
dan alam yang tidak nyata (alam al-malakuT) suatu kerlingan
mata, suatu lintasan hati dan sejenak pandangan orang yang
memandang melainkan dengan qadha, qudrah, iradah dan
kehendakNya.
89.
DaripadaNyalah buruk dan baik, bermanfaat dan melarat,
Islam dan kufur, mengakui dan mengengkari, kemenangan
dan kerugian, kesesatan dan petunjuk, taat dan maksiat,
syirik dan iman. Tidak ada yang menentang bagi hukumNya.
DisesatkanNYa sesiapa yang dikehendakiNya dan
ditunjukkanNya sesiapa yang dikehendakiNya.
90.
Bahawa jaiz (tidak wajib dan tidak mustahil) bagi Allah untuk
memikulkan (mentaklifkan) atas makhluk apa yang tidak
disanggupinya. Hal ini bertentangan dengan pandangan
Mu’tazilah.
91.
Bahawa bagi Allah Ta’ala menyakitkan dan mengazabkan
makhlukNya tanpa ada dosa yang terdahulu dan tanpa ada
pahala yang akan datang. Bertentangan dengan pandangan
Mu’tazilah.
92.
Mengenal (ma’rifah) akan Allah Tala dan berbuat taat
kepadaNya adalah wajib.
95.
Alangkah banyaknya perbezaan setelah mengetahui
sempadan antara rasa biasa dan kenyang.
99.
Sesungguhnya bukan aku yang menggerakkan tetapi Dia yang
menggerakkan aku. Bukan aku yang berusaha tetapi Dia yang
memperalatkan aku.
100.
Jika rahsia itu dikeluarkan, hanya orang-orang jahil sahaja
yang akan menafikannya. Walau seramai manapun orang-
orang jahil itu, rahsia-rahsia itu mestilah dipelihara dan
jangan biar dinodai oleh ornag-orang yang berdusta.
101.
Aku tidak teragak-agak membawa saudara menuju hakikat
yang mulia dan suci itu kerana kesalahan menyembunyikan
ilmu daripada orang-orang yang menghendakinya samalah
dengan kesalahan mengeluarkan ilmu kepada orang-orang
yang mensia-siakannya.
102.
Cahaya hakiki ialah Allah. Selain itu, nama “cahaya” hanyalah
perumpamaan yang tidak membawa maksud sebenar.
108.
Alam ghaib itu digelar alam tinggi, alam ruh atau alam nur.
Alam nyata ini digelar alam bawah, alam rendah, alam benda
atau alam gelap.
Alam nyata ini adalah satu daripada kesan-kesan alam tinggi
itu. Alam nyata ini adalah keluaran atau terbitan dari alam
ghaib itu.
109.
Peringkat-peringkat cahaya ini bukanlah naik ke atas tanpa
had. Had atau peringkat muktamadnya ialah cahaya yang
bercahaya dengan sendirinya. Cahaya tidak didatangkan dari
punca yang lain, bahkan cahaya itulah yang mengeluarkan
cahaya kepada yang lain, menurut susunan dan peringkat
masing-masing.
110.
Wujud hakiki ialah Allah SWT dan cahaya hakiki juga ialah
Allah SWT.
111.
Setiap sesuatu mempunyai dua wajah – wajahnya dan Wajah
Allah. Wajahnya itu tidak ada apa-apa, tetapi Wajah Allah
itulah yang sebenar wujud. Dengan itu, tidak ada Yang Wujud
kecuali Allah. Segala yang lain adalah binasa dan hancur
lebur melainkan Allah yang Kekal Sentiasa.
112.
Allah itu Nur (cahaya), dan selain Dia tidak ada cahaya.
Setiap cahaya dalah Dia dan cahaya keseluruhan adalah Dia
juga.
113.
Golongan pertama – mereka melihat Allah terus.
Golongan kedua – mereka melihat Allah melalui perbuatan-
perbuatan atau kerja-kerjaNya.
Golongan pertama itu aulia’ Allah.
Golongan kedua itu orang-orang arif yang telah yakin dalam
ilmunya.
Selain dua golongan itu tidak lain hanyalah orang-orang yang
lalai, di hadapan mereka ada hijab.
114.
Cahaya biasa itu boleh hilang apabila matahari terbenam, dan
datanglah gelap yang menjadi hijab.
Tetapi cahaya keTuhanan itu tidak boleh hilang. Cahaya itu
mesti ada untuk membolehkan penglihatan. Mataharinya
tidak pernah terbenam. Ia kekal selamanya dengan semua
perkara.
115.
Mungkin mereka memahami bahawa Allah itu ada pada
setiap tempat. Maha Suci dan Maha Tinggi Allah dikaitkan
dengan tempat.
116.
3 kategori besar golongan yang terhijab :
Mereka yang terhijab dengan kegelapan.
Mereka yang terhijab dengan campuran antara cahaya dan
kegelapan.
Mereka yang terhijab dengan cahaya.
117.
Memang sudah menjadi adat bahawa orang jahil memang
selalu mengengkari.
118.
Orang yang mempunyai ilmu tauhid ini adalah yang paling
utama antara ulama.
119.
Allah menjadikan manusia terdiri daripada dua keadaan yang
berbeza :
Jisim yang gelap, tebal, termasuk di bawah kejadian dan
kebinasaan, yang tersusun, bersifat ketanahan, yang tidak
dapat melaksanakan urusannya melainkan dengan yang lain.
Jiwa jauhari yang tunggal, bercahaya, mencapai, bertindak
serta menggerakkan dan menyempurnakan alat-alat dan
jisim-jisim.
120.
Oleh kerana ruh itu adalah urusan Allah Ta’ala, maka
keberadaan ruh itu dalam badan adalah sebagai orang
dagang. Wajahnya mengarah kepada asalnya dan tempat
datangnya.
126.
Kimia kebahagiaan terdiri daripada empat elemen iaitu :
Mengenal diri
Mengenal Allah
Mengenal dunia
Mengenal akhirat
127.
Tidak ada yang lebih dekat kepada kamu melainkan diri kamu
sendiri. Jika kamu tidak mengetahui dirimu sendiri,
bagaimana kamu dapat mengetahui yang lain?
128.
Ketahuilah, ada 3 sifat yang bersemayam di dalam dirimu
iaitu :
Sifat haiwan
Sifat syaitan
Sifat malaikat
129.
Pancaindera manusia bagaikan lima pintu yang terbuka
menghadap dunia luar. Namun yang paling menakjubkan
daripada semua ini ialah hatinya yang memiliki jendela
terbuka ke dunia ruh yang ghaib.
130.
Sangat sesuai jika manusia disebut alam as-saghir.

No comments:

Post a Comment