Sunday 28 June 2015

Tasawuf zikir


Zikir Hasanah dan Darajah



Dari satu sudut, zikir terbahagi kepada dua bahagian iaitu zikir hasanah dan zikir darajah. Zikir hasanah ialah zikir yang dilakukan bertujuan mendapatkan ganjaran atau pahala di sisi Allah di akhirat nanti. Manakala zikir darajah pula ialah zikir yang dilakukan bertujuan membersihkan hati dan meningkatkan tahap kejernihannya, bukan semata-mata bagi mendapatkan pahala. Oleh itu perbezaan utama di antara zikir hasanah dan zikir darajah adalah terletak pada tujuan utama zikir itu dilakukan. Zikir hasanah bertujuan mendapatkan ganjaran pahala daripada Allah di akhirat, dan zikir darajah pula bertujuan menyucikan rohani serta membuang berbagai hijabnya.


Shaykh `Abd al-Qadir `Isa menamakan zikir hasanah sebagai zikir umum dan zikir darajah sebagai zikir khusus. Menurut beliau, zikir umum itu ialah zikir ganjaran dan pahala, iaitu seseorang itu berzikir mengingati Tuhannya dengan apa-apa bentuk zikir yang dikehendakinya, namun dia masih kekal dalam sifat-sifat kecelaan dirinya.[9] Manakala zikir khusus pula ialah zikir hudur, iaitu seseorang itu berzikir mengingati Tuhannya dengan zikir-zikir tertentu dengan sifat (kaifiyyat) tertentu bertujuan mencapai ma`rifah terhadap Allah, dengan membersihkan dirinya dari semua sifat kecelaan serta menghiasinya dengan semua sifat kemuliaan, dan bertujuan melepaskan diri daripada kegelapan kebendaan serta ingin mendapatkan rahsia-rahsia kerohanian.[10]
Zikir darajat kena terima dari guru mursyid


Zikir hasanah terbahagi kpd dua:
Dzikir secara mutlak, yaitu dzikir yang diperintahkan tanpa ada ikatan waktu, tempat, atau jumlah tertentu, maka dzikir semacam ini tidak boleh dilakukan dengan menentukan jumlah-jumlah yang dikhususkan seperti seribu kali dan semisalnya. sebagaimana dalam firman-Nya:

"Hai orang-orang yang beriman, berdzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dzikir yang sebanyak-banyaknya". (QS. al-Ahzab: 41)

Dzikir muqoyyad, yaitu dzikir-dzikir yang dianjurkan supaya dilakukan dengan kalimat tertentu, waktu tertentu, tatacara tertentu dan hitungan tertentu, seperti ucapan : Subhanalloh 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allohu Akbar 33 kali, dan hitungan paling banyak yang pernah dianjurkan oleh Nabi adalah 100 kali, sebagaimana Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wasallam :

No comments:

Post a Comment