Monday, 8 June 2015
Tasawuf asas
BismillahirRahmanirRahim~
Allahumma Salli 'Ala Sayyidina Muhammad , Wa ' Ala Alihi Wasahbihi Wasallam .
Ini hanyalah sekadar pendapat al faqir yang tiada punya apa-apa. Jika ada salah mohon perbetulkan dan menambah baikkan.
*Siapa yang kata belajar untuk mengenal Allah ini adalah ilmu yang tinggi dan bukan sembarangan orang yang perlu belajar ?
Sepatutnya segenap sekalian manusia perlu belajar mengenalnya.
*Bukanlah Awaluddin Ma'rifatullah (Awal-awal agama itu mengenal Allah) ? Jadi kita selami pula sirah Kekasih Allah Saiyyidina Muhammad Rasulullah yang dirindui , adakah pada awalan da'wahnya , terus mengajarkan tentang solat yang mempunyai 13 rukun itu?
*Sepatutnya ia adalah sesuatu yang basic/asas bagi setiap muslim . Jika dikatakan ianya tinggi , ya , memang benar ilmuNya tinggi kerana akan meningkatkan darjat kita disisi Allah. kerana bila kita mula mengenal kita akan usaha untuk mentauhidkan Allah dengan sebenar2Nya. Bukan hanya sekadar melakukan syari'at tetapi kenal Allah hanya pada nama dan huruf , sedangkan Allah itu tidak berhuruf. Ilmu mengenal ini juga mengajarkan agar tidak melakukan syirik. lebih2 lagi syirik khafi(yang tersembunyi) . Telah berkata tuan guruku yang mulia , "Bila kita telah mampu tidak mensyirikkan Allah dengan Tuhan agama lain , maka jangan syirikkan Allah dengan diri sendiri." . Itulah manusia yang pada sekian zaman itu termasuk saya jua yang masih bertatih. Mendakwa bahawa akulah itu , akulah ini. Sedangkan , tidak akan bergerak suatu zarah tanpa izinNya.
*Bagi sesetengah pihak yang belum merasakan ni'mat ini , pasti akan memandang ianya salah dan sesat. Jadi, khabarkan pada kami , mana sesatnya ia? Ilmu mengenal ini bukan diajar untuk menjadi Allah , tapi untuk mengenal Allah , untuk mentauhidkan Allah.. Jika diikutkan rukun islam pun , rukun yang pertama itu pun intipatinya adalah digesa supaya mengenal Siapa Allah , Siapa Nabi Muhammad.. bukan hanya sekadar pengucapan dibibir.
*Akan tetapi belajar mengenal ini mestilah jangan sesekali mengabaikan syari'at. Syari'at itu juga wajib dijalankan kerana itu adalah perintahNya jua. Itulah dia intipati daripada Hadith Jibril yang bertanyakan tentang iman islam dan ihsan , iman itu tauhid , islam itu fiqh , ihsan itu tasawuf.
*Belajarlah biarpun perlahan , merangkak dan jatuh tersungkur sekalipun. Yang penting jangan sesekali mensyirikkanNya. Jangan tinggalkan syari'at jua. Lebih cantik lagi jika ia dipelajari seiringan dengan ilmu2 yang lain(Fiqh ,dan sebagainya). Namun lain orang lain kurniaanNya. Lain orang lain hijabnya.
*Makanya bila telah mendapat ni'mat ini dengan sempurna ia adalah amat beruntung bagi kita. Semoga kita semua dikurniakan hidayah dan taufiqNya. Jua rahmat dan redhaNya.
لاَ اِلَهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ
-Al Faqir Athiif.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment