Tuesday, 14 April 2015
Tasawuf bidaah
Sebaik-baik kawan adalah yang dapat yang menunjukkan jalan ketika kamu tersesat jalan. Sebaik-baik mazhab, ia tidak mengeluarkan kamu dari kebenaran kepada kesesatan dan sebaik-baik "petunjuk" adalah yang akan memimpin kamu dari kegelapan kepada terang dan daripada kesesatan kepada kebenaran - itulah Al Quran dan al Sunnah (hadis) iaitu ubat segala "penyakit" (kesesatan & dosa) dan penawar segala "racun" (syubhah & haram). Sesiapa yang mengangkat "bidaah" sebagai "sunnah" di dalam agamanya (atau sesuatu perkumpulan) walaupun satu hal "bidaah" dijadikan "sunnah" padahal ia adalah "bidaah" bukanlah "sunnah" - maka rosaklah agama perkumpulan tersebut walaupun agamanya (perkumpulan/mazhab) itu memiliki 1000 kebaikan berbanding dengan cuma satu hal "bidaah". ✨➰🔱➰✨
⚪ Bismillah - Sebaik-baik kawan adalah yang dapat yang menunjukkan jalan ketika kamu tersesat jalan. Sebaik-baik mazhab kumpulan, adalah ia tidak mengeluarkan kamu dari kebenaran kepada kesesatan dan sebaik-baik "petunjuk" adalah yang akan memimpin kamu dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan membawa kamu daripada kesesatan kepada kebenaran - itulah Al Quran dan al Sunnah (hadis) iaitu ubat segala "penyakit" (kesesatan & dosa) dan penawar segala "racun" (syubhah & haram). ⚪Sesiapa yang mengangkat "bidaah" sebagai "sunnah" di dalam agamanya (atau sesuatu perkumpulan) walaupun satu hal "bidaah" dijadikan "sunnah" padahal ia adalah "bidaah" bukanlah "sunnah" - maka rosaklah agama perkumpulan tersebut walaupun agamanya (perkumpulan/mazhab) itu memiliki 1000 kebaikan berbanding dengan hanya "satu bidaah". ⚪Ketahuilah bahawa sebalang air yang bersih tetap dianggap "beracun" (haram) sekalipun ia cuma dicemari oleh "setitis" arak tercela - itulah "bidaah" yang membelakangi sunnah. Mempelajari hal-hal yang membawa kepada bidaah adalah harus hukumnya bagi kamu bisa membezakan di antara bidaah (yang bukan bidaah) yang dibenarkan agama dan bidaah yang membawa kesesatan menuju Jahanam. ⚪Salah satu "bidaah" di akhir zaman adalah "sijil nikah yang diwajibkan" bagi 'ibadah nikah' + "mas kahwin tinggi" hingga menyusahkan pasangan berbuat "ibadah" dan "menggantikan hukuman Hudud dengan "Denda Berbayar" bagi dosa-dosa yang dikerjakan oleh umat Islam - Lalu dengan "bidaah" tersebut, pemerintah membuat "keuntungan" daripadanya (*sumber keuntungan Jabatan Agama) - Kutib "denda" khalwat zina" lalu hasil wang kutipan "perzinaan haram" tersebut direcycle kembali ke dalam gaji-gaji pekerja Jabatan Agama @ "kakitangan kerajaan". Ia samalah seperti wang hasil bekerja di kilang arak - Kerja yang bersih dari sumber yang halal bercampur "haram" - ia sumber pendapatan yang "BERSYUBHAH" MERAGUKAN. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. ⚪Itulah salah satu contoh yang dikatakan bidaah membawa kesesatan - Ia hal yang tidak "nampak" atas kerana ia dalam kategori "Fitnah Dajjal" diakhir zaman di dalam "sistem dajjal." Sebahagian kita di dalam sistem tersebut hingga Rasulullah berkata : "fitnah dajjal bagaikan malam yang gelap (*kita dibutakan dari melihat kebenaran sedangkan Fitnah dajjal itu telah menyelimuti kebenaran) dan nabi sarankan adalah lebih baik tinggal di pinggir pinggir hutan dengan memakan daun dan akar kayu demi menyelamatkan agamamu(aqidah dan sumber yang haram) dari terkena fitnah dajjal itu. ⚪Itulah sebab sebahagian wali-wali, mereka menghindari "dunia" lalu tinggal di dalam gua dan pinggir pinggir hutan. Untuk Uzlah dan menjauhi fitnah tersebut dari terkena pada diri mereka. wallahu'alam. ✨➰🔱➰✨
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment