Thursday 23 April 2015

Doa


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Pagi Jumaat
Subhanallah
Alhamdulillah
Allah Akbar
Salawat dan Salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarganya serta para sahabat...
               
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                               
Ya الله , Ya Tuhan kami, kami memohon kepada Mu Ya اَللّهُ، permudahkanlah urusan kami untuk hari ini dan untuk hari-hari yang akan datang, muliakan & lapangkanlah kehidupan kami, bahagiakanlah keluarga kami, dan luaskan rezeki kami seluas lautan yang engkau ciptakan.

Kabulkan cita-cita kami, jauhkan dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan mungkar. Jauhkan kami dari segala musibah. Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami dan guru-guru kami, serta kaum muslimin & muslimat keseluruhannya.

Ya الله , sesungguhnya kami memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan harta kami. Ya الله , tutupilah aib kami dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang dan tenteramkan kami dari rasa takut.
Terimalah semua amal ibadah kami, dan kelak jadikanlah kami sebagai penghuni Syurga-Mu.

Ya الله , selamatkanlah kami dari segala bencana dan semua perkara yang merupakan ujian yang amat hebat dan berat ini.

Ya الله , bantulah kami dan semua kaum Muslimin dan Muslimat walau di mana mereka berada, rahmatilah kami semua dan berilah kami semua rezeki  dengan jannahMu.

Ya الله , jadikanlah kami bersyukur dengan apa yang kami ada dan janganlah kami risau dengan apa yang bukan milik kami.

Ya الله , berilah kami rezeki yang bukan sahaja wang ringgit tetapi juga umur yang berkat, nikmat kesihatan yang dikelilingi oleh kebaikan dan kedamaian.

Ya الله , berikanlah kami kekuatan, berilah kami kemampuan, kuatkan-lah iman kami. Ya الله , kuatkan-lah agama kami dan Iman kami.

Ya الله , permudahkanlah urusan kami, bukakanlah pintu-pintu rezeki dan segala pintu kebaikan buat kami semua.

Ya الله , semoga kami akan menjadi diri yang mukmin, yang soleh dan dekatkan
lah hati kami pada`Mu.

Ya الله , hindarkanlah kami dari mempunyai sifat-sifat lemah, malas dan suka bertangguh-tangguh dalam menjalankan kewajipan kami.

Ya الله , peliharalah kami dan lindungilah kami agar kami sentiasa dalam sihat sejahtera, aman bahagia selamanya.

Ya الله , kurniakanlah kami taufiq dan hidayah agar kami sentiasa rajin berusaha untuk kejayaan dan kecemerlangan di dunia serta tekun  beribadah keranaMu sebagai habuan akhirat kami Ya Allah.

Ya الله , ampunkanlah segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .                                                  
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن  َ

No comments:

Post a Comment