Wednesday 14 May 2014

Zina


Kenapa tak boleh keluar dengan lelaki ajnabi walaupun tak ada pegang2, tak ada sentuh2, tak buat benda tak senonoh, tak ada pergi tempat gelap ? Kita orang keluar just for fun."

Ikhtilat.
Kalau kita tak jaga ikhtilat, iaitu pergaulan kita dengan lelaki bukan mahram, maka kita akan senang dijangkiti penyakit hati.

Bila mata suka memandang kepada ajnabi,
bila mulut suka berbual kosong dengan ajnabi,
bila telinga suka mendengar suara ajnabi,
bila tangan suka ber'chatting' dengan ajnabi,
bila diri suka meraih perhatian ajnabi,
maka kita akan mudah jatuh hati.

Dari situ, syaitan akan mula menggerakkan operasi mereka untuk mengheret kita ke arah yang lebih dimurkai Allah.

Zina.

No comments:

Post a Comment