Thursday 22 May 2014

fahami

"Jika kita sibuk melakukan kebaikan...kita tidak akan sempat melihat keaiban orang lain.Jika kita masih sempat....itu petandanya kebaikan yang kita buat masih sedikit dan kita belum benar-benar baik....".katanya pada ambo.
"Kenapa?...bukankah sepatutnya kita kena bersabar.....".
"Kita wajar bersyukur kerana Allah hendak menyelamatkan kita dari riyak dan takbur atas kebaikan yang telah kita lakukan....tanpa sanjungan..tanpa pujian...bukankah rasa takbur dalam hati kita akan tertekan".
"Dan kita harus ingat....ramai orang yang tidak bahagia dengan jawatan...harta dan dengan nama yang tersohor...tetapi lebih ramai orang yang tidak bahagia kerana dengki akan harta...jawatan dan nama yang dimiliki oleh orang lain.
Yang satu golongan 'tak dapat' apa yang mereka dapat....Yang satu golongan lagi 'tak dapat' apa yang mereka menang tak dapat....".
"Teringat perumpamaan orang tua-tua dulu....bodoh macam lembu....relakah kita jadi "lembu" hanya kerana dengki akan sapi yang sering mendapat nama...."

No comments:

Post a Comment