Wednesday 18 September 2013

Renung3


'' JANGANLAH seorang mukmin membenci seorang isterinya.Jika dia tidak senang pada satu perilaku maka masih banyak lagi perilaku lain yang dia senangi''.



BUKANKAH ada ungkapan yang menyatakan ''Love is verb'' yang maksudnya-cintaitu tindakan atau perbuatan,bukan sekadar lisan dan kata-kata.
Cinta Allah,ada buktinya...maka lahirlah banyak amalan wajib dan ditambah amalan-amalan sunat.Cinta isteri atau suami ada tandanya...lahirlah ketaatan,layanan,pembelaan dan berbagai-bagai lagi tindakan yang dapat dilihat dan dirasa.Ianya bukan kata-kata atau tulisan yang hanya untuk didengar dan dibaca.

IMAM al-Ghazali rhm pernah menukilkan:''Ketika kau kesepian jangan kau katakan aku sunyi....tetapi katakan pada diri bahawa di sisiku sentiasa ada Pemerhati''.

AL-HUMAIDI AL-MUHADDATH berkata:
Pertemuan dengan manusia tidak akan mendatangkan apa-apa faedah,kecuali hanya menambah percakapan yang tidak perlu.
Kurangilah kekerapan bertemu dengan mereka selain untuk menuntut ilmu atau berbuat baik.


 


No comments:

Post a Comment