Monday 23 September 2013

helang

BELAJARLAH DARI HELANG

Apa yang dapat kita pelajari dari helang?. Helang burung yang terbang tinggi, berani dan suka pada cabaran. Helang suka pada ribut atau angin kuat, helang akan menggunakan kekuatan angin untuk menaikkan badannya lebih tinggi ke angkasa. Apabila ia bertemu kepala angin ribut, helang akan melunsurinya untuk naik lebih tinggi hingga adakalanya melepasi awan.

Ya, inilah sifat juara sebenar. Sang juara melihat peluang disebalik kesusahan. Jika orang lain lari ketika keadaan makin mencabar, sebaliknya sang juara akan menempuhnya dengan lebih berani. Seperti helang, sang juara dalam hidup ini sentiasa percaya, "layang-layang akan naik hanya apabila melawan angin, bukan mengikut angin."

Helang punya cara keras dan kasar melatih anak-anaknya terbang. Sebaik sahaja anak-anaknya mempunyai bulu dan kepak, helang akan mula menjalankan latihan terbang yang penuh disiplin. Bagaimana? Mula-mula ibu helang akan menolak anaknya keluar dari sarang, kemudian sarang dibersihkan daripada ranting-ranting dan daun yang lembut dan hanya meninggal kan ranting-ranting yang agak tajam. Itu akan menyakitkan anak-anak helang jika ia kembali semula kedalam sarang. Ketika itu anak-anak helang terpinga2; mengapa ibu yang penyayang selama ini seolah2 'menyiksa' mereka. Tiada pilihan buat anak2 helang melainkan terpaksa tinggal diluar sarang.

Kemudian helang akan bertindak lebih 'kejam' lagi. Ia akan menolak anak2 nya dari cerun tinggi (di tepi bukit di tempat helang selalu membuat sarang) ke bawah. Jatuh dari cerun tinggi, anak-anak helang tiada pilihan lain selain menggerak-gerakkan sayap, ekor dan badannya agar terapung dan terbang. Jika berdiam diri, ia akan jatuh dan terhempas. Bapa helang pula akan mengawasi dan menyelamatkan anak-anak nya jika sesuatu berlaku.

Apa yang dapat kita pelajari? Untuk berjaya kita perlu berani keluar dari zon selesa menuju ke zon mencabar. Jangan takut untuk menempuh cabaran baru atau perkara yang tidak biasa kita lakukan. Biarlah susah dahulu tetapi kesusahan itu akan meningkatkan kematangan, keberanian dan kemahiran kita. Belajarlah dari helang!!

No comments:

Post a Comment