Saturday 14 September 2013

Renung



Nabi Isa as berkata:'' Kebaikan itu ada tiga perkara:Ucapan,penglihatan dan diam.Sesiapa yang ucapannya selain zikir maka dia telah melakukan yang sia-sia.Sesiapa yang pandangannya tidak untuk mengambil pengajaran maka sesungguhnya dia telah lupa.Sesiapa yang diamnya bukan untuk berfikir tentang kebenaran maka dia sudah tenggelam dalam kesia-siaan''.


Tazkirah Jumaat
:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:-:

Suatu hari, Abu Yazid sedang jalan-jalan di satu lorong. Tiba-tiba ekor anjing menghampirinya. Oleh kerana takut pakaiannya tersentuh kulit anjing itu, maka Abu Yazid menarik pakaiannya ke atas. 

Tiba-tiba anjing itu bersuara seperti suara manusia, "Kalau kulit aku kering, terkena kulitku, tuan tidak perlu mencuci pakaian tuan, tapi kalaulah kulit aku basah, tuan boleh menyamak pakaian tuan itu. Tetapi sifat benci yang ada di dalam diri tuan itu tidak boleh dicuci hatta dengan tujuh batang sungai sekalipun. Dosa batin itu payah untuk dicuci." 
Abu Yazid berkata, "Wahai anjing,kamu ini sangat bijak. Marilah tinggal dengan aku seketika."

"Tidak, kita berdua tidak boleh tinggal bersama kerana aku ini dihina manusia sedangkan tuan dipuji oleh dunia.Tambahan pula aku tidak menyimpan makanan untuk esok, sedangkan tuan menyimpan makanan untuk setahun," jawab anjing itu.

Mendengarkan kata-kata anjing Abu Yazid berbisik sendirian: " Kalaulah dengan seekor anjing pun tidak sudi bersamaku, apakah aku layak untuk menghampiri Tuhan dan duduk di `majlis-Nya'? Puji-pujian bagi Tuhan yang menghinakan diriku dan mengajar manusia melalui pekara-perkara yang kecil."

INGATLAH....Kebahagiaan itu datang dari dalam bukan dari luar,ia mesti disemai bukan menunggu dituai...ia dicari bukan di nanti....
Bahagia itu hanya dapat di rasai apabila kita membahagiakan orang lain...


'' JIKA jalan sudah benar,namun pelbagai masalah masih menghalang...jangan berpatah balik...teruskan perjalanan'.

LEPAS solat jumaat maka berlalulah ''tabung-tabung'' di hadapan ahli jumaat tanpa henti-henti....hanya sekali-sekala sahaja yang berhenti itu pun hanya depan ahli jumaat yang dah lanjut usia...Ingatlahmemberi tidak pernah mengurangkan...malah akan menambahkan apa yang kita ada...

Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment