Thursday 17 June 2021

Scammer daripada China guna teknik COD/ Dapat barang baru bayar

 Scammer daripada China guna teknik COD/ Dapat barang baru bayar

Ramai sudah pembeli di Malaysia terkena dengan teknik scammer daripada China yang menjual barang-barang mengunakan teknik COD (dapat barang baru bayar)
Ramai sebenarnya akan percaya sebab kononnya takkan la Seller nak menipu sebab dapat barang dulu baru bayar kan..
Sebenarnya modus operandi mereka akan jual sesuatu barang pada harga tak masuk akal seperti gadget, phone, laptop dan sebagainya. Contohnya harga pasaran tablet RM800 tapi mereka hanya jual pada harga RM300.
Mereka akan mengunakan company DHL atau Ninja Van untuk menghantar barangan mereka. Dan pembeli akan perlu membayar dahulu sebelum mereka dapat membuka parcel mereka.
Dan apabila mereka membuka parcel tersebut.. Tika dan saat inilah kita akan rasa tertipu. Macam saya order laptop touch screen tapi hanya dapat plastik game demo set yang hanya untuk display je. Bila saya jumpa balik dengan rider DHL tu mereka pun tak dapat buat apa sebab dah klik Successful Delivered.
Bila saya pergi balik ke page tersebut.. Rupanya ramai yang tertipu, ada yang dapat keyboard bodoh je. Ada yang dapat plastik hiasan je. Dan paling best.. Selepas 3 4 minit kita komen pasal penipuan mereka.. Mereka terus delete komen kita dan akan disable page pada hari itu juga..
Namun mereka akan membuat beribu page lagi dan menggunakan iklan di FB untuk mencari pelanggan mereka.
Paling best.. Mereka langsung tidak memberikan no contact atau email untuk kita hubungi mereka. Hanya ada email daripada company DPE Logistic iaitu company Delivery daripada China.
Jadi sampai kita mati pun kita takkan tahu siapa, di mana dan berapa ramai sudah menjadi mangsa mereka.
Jadi hati2 lah kalau ada jualan murah x masuk akal..

No comments:

Post a Comment