Wednesday 23 June 2021

fb

 

Kat sini masih lagi di anggap Haram dan najis. Ajaran buku teks.
Mungkin imej 3 orang, orang berdiri dan kawasan luar
Baru2 ni, isteri Erdogan kongsikan foto mereka dengan anjing kesayangan mereka..
Seperti yang saya pernah nyatakan dulu :
Isu anjing ini sebenenarnya bukan sekadar isu anjing. Ia simbol kepada isu yang lebih besar iaitu isu kesempitan pemikiran dan keangkuhan kuasa sesetengah agamawan masakini, yang suka bersikap autokratik dan kuku besi dalam menetapkan pandangan dan pendirian dalam isu-isu yang melibatkan masyarakat Islam.
Mereka bukan saja menolak pendapat yang mereka tidak sukai, malah menggunakan segala kuasa yang mereka ada untuk menekan, menangkap dan menghapuskan orang atau pihak-pihak yang tidak sependapat atau tidak mahu akur dengan pemikiran sempit mereka.
Mereka tidak punya semangat dialog dengan baik, dan terlalu ego untuk menerima kepelbagaian pendapat seperti yang dilakukan oleh ulama-ulama terdahulu.
Kalau dalam bab Islamic Finance atau Islamic Banking, segala macam pendapat mazhab atau ulama atau apa jua dalil yang mendukung dan boleh memajukan atau mempromosi Islamic Finance /Banking - semuanya akan digunakan - sangat dinamik sekali penggunaan fikah dan pelaksanaan semangat kepelbagaian pendapat dalam Islam.
Tapi bila bab isu perempuan atau dalam bab compassion atau berperikemanusiaan pada haiwan seperti anjing ni - tiba2 lebih nak berpaut pada pandangan dari satu mazhab sahaja atau pandangan2 yg bersesuaian dengan kefahaman mereka yg susah nak berganjak..
Padahal semua ulama Islam zaman silam sangat berlapang dada dengan perbezaan pendapat. sebab tu mereka sering akhiri ayat atau pendapat mereka dengan ungkapan 'wallahu a'lam' atau hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui..dan mereka juga tiada masalah jika orang mahu ikut pendapat ulama lain yang mungkin lebih baik..
Dalam isu muzik : kalau ikut mazhab Shafi'e , hukumnya Haram. Tapi bab muzik ni pendapat segala mazhab, ulama ,dalil dan contoh2 kontemporari, konteks, boleh pula dia kaut semua untuk membolehkannya..
Bila bab kewangan, muzik semua ni - tiba-tiba boleh pula guna akal dalam agama..

No comments:

Post a Comment