Tuesday 8 June 2021

RAHSIA DI DALAM RAHSIA

 RAHSIA DI DALAM RAHSIA

________________________________________
Sebenar-benarnya diri itu jiwa, sebenar-benarnya jiwa itu batin. Sebenar-benarnya batin itu Rahsia. Sebenar-benarnya manusia itu Sifat, sebenar-benarnya Sifat itu sikap.. Sebenar-benarnya sikap itu sifat. Maka sifat itulah yang disebut Aku Laisa Kamislihi Syai'un.
________________________________________
Jikalau engkau lupa, maka Aku ini terlebih jauh,, dan jikalau engkau dekat, maka Aku ini terlebih hampir,, dan jikalau engkau hampir, maka Aku ini adalah dirimu,, dan dirimu itu adalah diriKu.
________________________________________
Nafas itu adalah Rahsia antara turun naik, itulah yang berkata "AKU ADALAH ENGKAU" dan "ENGKAU ADALAH AKU". Di situlah engkau di dalam diriNya, naik itu berbunyi Wujudku dan turun pula berbunyi batinKu.
________________________________________
Di situlah engkau mengetahui atau yang berkata disebut Rahsia di dalam Rahsia, maka hilanglah Rahsia itu, yang ada hanyalah Wujudku. Di situlah engkau Mikraj, iaitu pertemuan dalam HadiratKu.

No comments:

Post a Comment