Tuesday 22 June 2021

Pukki letih, bukan cedera, Teemu Pukki

 

Pukki letih, bukan cedera

PUKKI pada sesi latihan Finland. FOTO AFP
PUKKI pada sesi latihan Finland. FOTO AFP

Saint Petersburg: Tonggak utama Finland, Teemu Pukki menegaskan dia tidak bergelut dengan kecederaan pergelangan kaki pada pada kempen Euro yang menjejaskan aksinya di Norwich musim lalu.

Prestasi Pukki mencetuskan persoalan selepas dikeluarkan kali kedua pada perlawanan kedua ketika tewas 0-1 kepada Russia.

Penyerang berbisa Norwich itu mengakui dia keletihan ketika tewas 0-1 pada aksi pertama bertemu Denmark yang dibayangi insiden Christian Eriksen rebah di atas padang.

Pemain berusia 31 tahun itu hanya beraksi selama 30 minit pada perlawanan persahabatan sejak berdepan kecederaan ligamen pergelangan kaki ketika Norwich melakar kemenangan 4-1 ke atas Reading.

"Pergelangan kaki saya berada dalam keadaan baik. Saya cuma membalutnya saja tetapi ia langsung tidak mengganggu saya. Tempoh rehat selama lima minggu yang sebenarnya menjejaskan prestasi saya.

"Saya tidak berada pada prestasi terbaik. Pada perlawanan pertama, saya minta untuk dikeluarkan.

"Pada perlawanan kedua, saya lebih bertenaga dan selepas separuh masa kedua, saya mula selesa beraksi. Tapi saya dikeluarkan.

"Tapi saya dapat rasakan semakin hampir mencapai prestasi sebenar dan berharap akan diberikan peluang apabila bertemu Belgium.

"Kami memang bukan pasukan pilihan di setiap perlawanan. Kami adalah pencabar dan matlamat utama untuk meraih keputusan terbaik," katanya.

No comments:

Post a Comment