Thursday 17 September 2020

Menjaga hati sesama manusia

 Menjaga hati sesama manusia itu wajib . Kerana itu perintah dari illah. Firman illah dalam kitab/surah Al Baqarah:

Dan hendaklah kamu berkata kepada manusia itu dengan kata kata yang baik (dengan kata kata yang lembut dan tidak menyakitkan hati). Ayat :83.
Firman illah dalam kitab/surah Ali Imran:
Ditimpa kehinaan mereka walau di mana mereka berada melainkan berjaya berpegang dengan agama illah , dengan menghubungkan diri dengan illah, dan berbuat baik sesama manusia.ayat:112. 
Maka mereka yang berjaya menjaga hati sesama manusia walaupun hatinya sering disakiti itulah manusia yang hebat dan dikasihi illah. Kerana untuk melaksanakan perintah illah bukan begitu mudah jika tidak ada kasih sayang dari illah. Kerana kasih sayang illah maka seseorang itu dapat mentaati perintah illah . Maka bergembiralah mereka yang berjaya menjaga hati sesama manusia walaupun sering disakiti kerana kamu didalam pelukan kasih sayang dari illah. Percayalah dengan keyakinan bukan semua manusia mendapat kasih sayang dari illah.

No comments:

Post a Comment