Thursday 17 September 2020

Hidup

 


Hidup orang yang ingat kepada illah itu, adalah hidup yang sederhana. Tidak banyak keperluan dan tidak banyak kemahuan. Hidup mereka, adalah hidup didalam keadaan bersyukur. Hidup dalam selalu berterima kasih, senang, tenang, aman dan damai hatinya bilamana dapat ingat kepada segala sesuatu itu, telah diatur illah sebelum diri kita dilahirkan.

Orang yang ingat kepada illah itu, hatinya sentiasa menaruh atau tersimpan perasaan sabar dan selalu berserah diri kepada illah. Ingat kepada illah itu, adalah menjadi sendi dan nadi orang beriman. Ingat kepada illah itu, menjadikan suatu daya tarikan, daya pengerak atau daya pendorong untuk kita terus bekerja dan terus berusaha dengan lebih gigih. Bukannya bertambah malas dan bertambah kurang usaha. Ingat kepada illah itu, menjadi satu wadah kekuatan jiwa, ketahanan mental dan ketahanan fizikal tubuh badan.

Ingat kepada illah itu juga boleh membawa kita kepada suatu tahap keyakinan dalam hidup, walaupun keyakinan itu, berkeseorangan tanpa sokongan atau bantuan dari orang lain.

Seumpama bilamana menerima cacian orang, hati orang yang ingat kepada illah itu, menjadi lebih tenteram. Bilamana menerima kerugian dalam perniagaan, lebih menjadikan hati orang ingat kepada illah itu, lebih tenteram. Bilamana ditimpa musibah, hati orang yang ingat kepada illah itu, lebih tenteram. Karena apa?. Ini adalah karena mereka sedar, segala yang berlaku itu, adalah berlaku diatas landasan yang telah illah tetapkan sedari azali. Berlakunya sesuatu kejadian itu, adalah kejadian yang berlaku sebelum kejadian.

Jangan merasa sedih, dukacita, kesal, murung, merajuk atau patah semangat. Tidakkah segala kejadian dan segala perkara yang berlaku atau yang terjadi itu, adalah keputusan yang telah illah putuskan sedari sebelum berlaku sesuatu kejadian.

Sebelum kita lahir kedunia, sesungguhnya illah telah lahirkan kita di Luh hulmahfuz. Sebelum kita kahwin, sesungguhnya illah telah kahwinkan kita di Luh hulmahfuz, sebelum kita mati, sesungguhnya illah telah matikan kita di Luh hulmahfuz dan sebelum  kita masuk syurga atau neraka, sebenar benarnya kita telah dimasukkan samada di syurga atau di neraka di ketetapan Luh hulmahfuz sedari azali.

Untuk itu, kenapa kita harus bersedih, kecewa, patah semangat dan putus asa. Mari sama sama kita lihat, bahawa sesuatu itu, adalah menurut ketetapan dan keputusan illah.

ORANG ORANG BERIMAN ITU MENJADI TENTERAM HATINYA DENGAN INGAT {ZIKIR)/manfaat KEPADA iLLAH. KETAHUILAH BAHAWA HANYA DENGAN MENGINGATI iLLAH, HATI BOLEH MENJADI TENTERAM....SURAH AR RA'D : 28...

Terima kasih illah.

Aamiin Ya illah.

No comments:

Post a Comment