Thursday 17 September 2020

AGAMA ITU BERBELAS KASIH

 AGAMA ITU BERBELAS KASIH

Pada suatu hari, Imam Hassan bin Ali melewati sebuah kampung, di situ ia melihat seorang budak yang sedang memakan sepotong roti. Tiap kali budak itu memakan sesuap roti, setelah itu ia melemparkan sesuap pula untuk anjing yang berdiri di dekatnya. Anjing itu pun memakan roti tersebut.
Imam Hassan terkesima melihat perbuatan budak itu. Beliau mendatanginya dan bertanya “Mengapa kamu berbuat seperti itu?”
Budak itu menjawab: “Aku malu di hadapan illah untuk makan dan menjadi kenyang sedangkan anjing itu berdiri dan kelaparan.”
Imam Hassan bertanya: “Siapa pemilikmu wahai budak yang baik?”
Seraya menunjuk sebuah rumah seorang tukang besi, budak menjawab: “ Tukang besi yang ada di rumah itu.”
Imam Hassan pun membawa budak itu menemui tuannya. Lalu Imam Hassan berkata kepada pemilik budak: “Apakah engkau pemilik budak itu?”
Dijawabnya: ”Ya”
Imam Hassan berkata: “ Aku terkesima dengan kebaikannya. Aku ingin membelinya.”
Pemilik budak dengan senyum berkata: "Wahai cucu Rasul illah, silakan ambil budak itu bersamamu jika engkau menyukainya. Tak perlu engkau membelinya."
Akhirnya Imam Hassan membawa budak tersebut lalu memberikan wang kepada pemiliknya. Tak lama Imam Hassan berjalan dengan si budak, Imam Hassan membebaskannya. Budak itu bertanya: “Mengapa anda membebaskanku, wahai Tuanku?”
Imam Hassan menjawab: “Bagaimana bisa kamu malu melihat anjing kelaparan sedang engkau kenyang, namun aku tidak malu di hadapan Tuhan melihatmu terkekang sedang aku orang bebas?!.”
PENGAJARAN
Ajaran Islam yang mulia berbelas kasih sesama makhluk, baik kepada haiwan mahu pun kepada sesama manusia. Jika kita merujuk kepada perilaku Nabi ahmad maka sangat jelas sekali bahawa agama itu adalah cinta.
Kita sering merasa jijik dan benci kepada haiwan anjing dan babi, bahkan dilempari dan dikasari, kerana dianggap najis. Tetapi perbuatan kita justeru sering melebihi haiwan tersebut, suka menghina, memaki, membenci orang lain kerana perbezaan politik, suku, bangsa, keyakinan dan agama.
Islam adalah kasih sayang.. Itulah yang ku kenal dan yang ku pegang, yang diajari oleh guru-guru ku yang bersumber kepada sahabat dan Ahlul Bait Nabi s.a.w.
Rasul illah s.a.w. bersabda: "Sayangilah makhluk yang ada di bumi, maka akan menyayangimu yang ada di langit."
(Hadis Riwayat Tabrani)

No comments:

Post a Comment