Sunday 30 August 2020

SEBENAR-BENAR KORBAN

 SEBENAR-BENAR KORBAN

________________________________________
Setiap kali datangnya hari raya Aidil Adha, maka sibuklah kita sekampung umat Islam mencari lembu dan juga kambing untuk dikorbankan.. Semoga boleh dijadikan tunggangan di Padang Mahsyar kelak.. Itulah pandangan sekalian orang ramai..
________________________________________
Apakah illah berkehendak kepada suatu bentuk upacara persembahan, atau pun upacara pemujaan? Apakah illah berkehendak kepada daging dan juga darah? Atau adakah illah mahu lihat keikhlasan kalian mengerjakan segala suruhan dan perintahNya?
________________________________________
Marilah kita bersama-sama melakukan ibadah korban dengan kebijaksanaan dan juga faham akan hakikat dan juga pengertian yang ada di sebaliknya..
________________________________________
Apakah sebenarnya HAKIKAT KORBAN?
Ramai yang tidak tahu apa sebenarnya pengertian di sebalik ibadah korban.. Kita hanya tahu sembelih dan agihkan daging mengikut aturan dan juga syarat- syarat fekahnya.. Kemudian kita pasti mengharapkan ganjaran pahala daripada amal perbuatan itu..
________________________________________
Setelah kita selesai berpuasa sebulan di bulan Ramadhan dan berjaya menahan diri daripada mengaku yang kita ini memiliki sifat-sifat illah.. Kemudian kita disunatkan pula untuk berpuasa 6.. Pernahkah kita bertanya, kenapa puasa 6, tidak pula berpuasa 7?
________________________________________
Apa yang SATU lagi itu?
Yang satu lagi itu adalah "Hayat".. Sifat Hidup illah.. Yang sebenar-benar memakai sifat "Hidup" itu hanya illah, bukan makhluk.. Jika tidak ada yang hidup ini, maka tidak dapatlah segala sifat yang 6 itu untuk diletak pada diri yang bernama makhluk itu..
________________________________________
Apabila ada sifat Hidup..
Barulah boleh tampung;
~Samak - MENDENGAR
~Basar - MELIHAT
~Kalam - BERBICARA
~Kudrat - BERKUASA
~Iradat - BERKEHENDAK
~Ilmu - BERILMU
________________________________________
Hari Raya Korban memberi penekanan terhadap "Sifat Hayat".. Hidup kita ini adalah kerana adanya illah Yang Hidup.. Kita ini sebenarnya mati.. Kita ini sarung sahaja.. Patung bernyawa.. Digerakkan oleh satu Kuasa Yang Maha Hebat..

No comments:

Post a Comment