Sunday 30 August 2020

KEWUJUDAN DALAM KETIADAAN

 KEWUJUDAN DALAM KETIADAAN

________________________________________
Keberadaan Sang Tuhan itu meliputi segala sesuatu. Bagaikan air yang terkandung di dalam ombak, minyak yang terkandung di dalam susu, api yang terkandung di dalam kayu, kapas yang terkandung di dalam baju, wangi yang terkandung di dalam bunga, dan panas yang terkandung di dalam api.
________________________________________
Semua itu menunjukkan bukti bahawa yang dinamakan sebagai Sang Tuhan tidak dapat dilihat, akan tetapi dalam masa yang sama juga, ianya dapat dilihat dengan begitu jelas sekali. Ia telah pun meresap masuk pada segala bentuk kewujudan dan keberadaan.
________________________________________
Oleh itu usahlah digelarkan kepada orang syariat bahawa mereka itu golongan yang bodoh lagi dungu, kerana tercari-cari akan Sang Tuhan di dalam ketiadaan. Dan usahlah digelarkan kepada orang hakikat bahawa mereka itu gila lagi biol, kerana tercari-cari akan Sang Tuhan di dalam keberadaan.

No comments:

Post a Comment