Sunday 30 August 2020

HAKIKAT HIJRAH

 HAKIKAT HIJRAH

________________________________________
Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan tahun hijrah yang baru. Di kala kita sibuk meraikan peristiwa penghijrahan Nabi dan para sahabat dari Kota Makkah ke Kota Madinah, janganlah sesekali kita melupakan hakikat atau erti hijrah yang sebenar-benarnya.
________________________________________
Hijrah nabi telah pun lama berlalu, akan tetapi hijrah kita ini, tetap berlaku setiap detik dan setiap masa, sehinggalah saat kita menghembuskan nafas yang terakhir. Namun, itu juga bukanlah pengakhiran, kerana kita ini cuma berhijrah ke alam lain sahaja.
________________________________________
Di kesempatan yang singkat ini, marilah sama-sama kita menghayati, apakah yang dikatakan hakikat hijrah itu sendiri. Dari sudut pandang dan kefahaman ilmu hakikat dan makrifat, hijrah itu bererti:
"PERPINDAHAN KEFAHAMAN
DARIPADA JAHIL KEPADA ALIM"
________________________________________
Jika sebelum ini, kita tidak pernah kenal akan tuhan kita, berhijrahlah kepada keadaan mengenal akan illah. Jika sebelum ini, kita selalu sahaja dalam keadaan mensyirikkan illah, maka berhijrahlah kepada keadaan sentiasa mentauhidkan illah.
________________________________________
Dan jika sebelum ini kita sentiasa mengharapkan balasan pahala dan juga ganjaran syurga di atas setiap amal ibadah kita, maka berhijrahlah kepada keadaan sentiasa mengharapkan rahmat dan redhaNya sahaja.
________________________________________
Hijrah dan taubat juga, merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Tiada hijrah tanpa taubat, dan tiada taubat tanpa hijrah. Taubat itu ertinya kembali. Dan mengikut kefahaman dari kaca mata ilmu Hakikat dan juga ilmu Makrifat, hakikat taubat itu ialah:
"MENYERAHKAN KEMBALI DIRI KITA
SECARA MUTLAK ZAHIR DAN BATIN"

No comments:

Post a Comment