Thursday, 29 August 2019

lepat

๐Ÿ™๐Ÿฝ Ya Kekasih Allah.., ❤️
Pagi itu seperti pagi yang lepas lepas, Dia sendiri, berdiri dia ditebing yang tinggi, sambil tersenyum memerharti akan bunga bunga kesedaran yang kian mengembang didalam akal dan Hati Nuraninya,, angin laut lembut menyapa ke wajahnya, dia memejamkan matanya.., lalu dia terdengar suara bernada perlahan terbit dia dalam Hati Nuraninya.
"Ingatkanlah peristiwa ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".
Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya.
Kemudian Kami bangkitkan mereka dari tidurnya, untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu.
Kami ceritakan kepadamu wahai Muhammad perihal mereka dengan benar; SESUNGGUHNYA mereka itu orang-orang muda yang 'BERIMAN KEPADA TUHAN MEREKA', dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.
Dan Kami kuatkan hati mereka dengan kesabaran dan keberanian, semasa mereka bangun MENEGASKAN TAUHID lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami TIDAK sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; JIKA kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu YANG JAUH dari kebenaran."
"Ah! Surah 18 Al Kahfi Ayat ke 10 hingga ke 14" - Jawabnya dengan tenang dan sekali lagi kembali mengukirkan senyuman"
"Wahai kenyataan Alam, wahai pujian yang tidak pernah putus di siang dan malam, terima kasih ke atas kenyataan kasih Sayang mu.."-
"Aku datangi kamu Lewati waktu, aku datangi kamu berpenzahiran terhanya Satu".
"Mereka tidak akan mengerti, permainan Cinta ku ke dalam terhanya cinta ku, Mereka tidak tahu, mereka tidak akan tahu",
"Wahai hidup ku, Kau Peluklah Aku, peluklah Aku., nescaya Engkau akan memeluk tiada yang selain melainkan Kamu..."- Lantas terus Dia melonjak melontarkan keujudan diri seumpama kelibat setitis Hujan yang meraikan rasa bertuah kerana terpilih bagi menjunam ke arahnya dada sebuah Lautan..
. .❤️
https://youtu.be/q9MN61D6CjE
. ,✌๐Ÿฝ๐ŸŒน๐ŸŒท✌๐Ÿฝ

No comments:

Post a Comment