Thursday, 22 August 2019


2 of 58
Shalom aleichem - Assalamualaikum !
Salam Damai untuk semua Warga Kiub Batu Itu Berhala.
Pagi ni saya share hat ni. Moga Muslim ( terutamanya melayu ) dapat duduk dan fikirkan elok elok, siapa yang patut korang persoalkan sekarang.
🌹🌹🌹
Mualaf cina ini lebih ada akal dari sesetengah Melayu-
(Dapat wassp ini dr rakan Perkim -tanpa edit sy forward shj)
*Kamal Koh*--
Keliru kita bila memikir, macam mana Islam di Malaysia boleh terancam pada hal kita ada -
1. 13 orang Mufti yang dibayar Gaji untuk membimbing orang Islam.. agama lain tiada.
2. 9 orang Sultan dan seorang Agong yg dibayar gaji dan diberi kuasa penuh mengikut Perlembagaan negara untuk menjaga agama Islam supaya tidak di ganggu gugat. Agama lain tiada.
3. JAKIM, yang mempunyai bangunan indah dan tersergam, mempunyai pejabat disetiap negeri dengan ramai pegawai berkelulusan tinggi dibayar gaji untuk memajukan Islam. Agama lain tak ada.
4. YADIM yang mempunyai ramai pegawai dakwah berkelulusan ijazah dibayar gaji oleh kerajaan untuk melakukan kerja dakwah menarik minat orang kepada kesucian Islam. Agama lain tiada di peruntuk Dana.
5. IKIM.. Mempunyai ramai Sarjana dan ilmuan Islam dibayar gaji oleh kerajaan untuk melakukan kajian dan penyelidikan demi meningkatkan kemajuan, kefahaman Ilmu Falsafah serta Sejarah Islam yang sebenar.. Agama lain tiada.
6.IIUM, USIM, UNIZA, UIA dan macam macam lagi instituisi pengajian Islam yg memiliki ramai Professor dan pensyarah yang bijaksana untuk menjana insan insan terpelajar dalam pengajian Islam dan lain lain Ilmu agar Falsafah serta akhlak Islam tercambah. Agama lain tidak di peruntukan.
*7. PAS dan UMNO diberi kebebasan penuh tanpa halangan undang undang serta mendapat hak untuk bermuafakat dan bekerjasama untuk mempertahankan Agama Islam.* 🤣
Saya berasa pelik dan Keliru masih ada orang merasa Islam terancam di Malaysia. 🤔 Wallah huak'lam.
*Kamal Koh*
🌹🌹🌹
Eh macam betul juga. Seolah2nya macam kita takut dgn bayang2 sendiri beb
🤔
Comments

No comments:

Post a Comment