SEDIKIT BERKENAAN ARIFBILLAH
Seorang insan Kamil Mukamil itu, tidak semestinya berjubah labuh.. Atau pun berlilit serban di kepala.. Atau pun berjanggut panjang di muka.. Mahu pun bertanda lebam di kepala.. Bukan hanya memegang naskah kitab/quran dan butiran tasbih di tangan sahaja.. Dan bukan pula yang kelihatan alim semata mata..
Boleh jadi beliau hanya berseluar pendek sahaja.. Bersepatu jepun di mana mana.. Berbaju kemeja.. Bertali leher, atau pun seorang tukang cuci di tempat kerja.. Mahu pun seorang pegawai di bandaraya.. Waima seorang yang kelihatan gila di mata kita..
Ketahuilah,, boleh jadi seseorang manusia itu merupakan insan yang sehina-hina pandangan di mata manusia,, tetapi semulia-mulia pandangan dan tinggi darjat di sisiNya..
Golongan yang terpilih ini, merupakan arifbillah atau pun wali-wali tuhan yang mana setiap detik kehidupan mereka, adalah hanya bertujuan untuk menyatakan tuhan..
Semoga tuhan. pertemukan kita dengan golongan ini.. Jika tidak sekarang ini, mungkin pada suatu hari nanti.. Amiin²
No comments:
Post a Comment