Tuesday, 7 May 2019

" Misteri dikatakan Tuhan Brahma adakah kemungkinan Nabi Ibrahim/Abraham AS? "

" Misteri dikatakan Tuhan Brahma adakah kemungkinan Nabi Ibrahim/Abraham AS? "
.
Belakang ini adalah sembahan mereka dikenali tuhan Brahma. Sembahan ini merupakan sembahan paling terkenal di tengah bandar mega-metropolis Bangkok,Thailand. Patung sembahan 4 muka ini juga mungkin paling terkenal didunia.
.
Brahma ialah dikenali ‘Tuhan Pencipta’, manakala konsep/kepercayaan Ugama sebenarnya ialah “Dharma”, ianya konsep asas Hindu & Budha. Seperti kita tahu Budha ialah ‘Gerakkan Reformasi’ dari Hinduism. Dharma ialah konsep akar yang dipegang dari berlainan ugama tapi dari rumpun yang sama bertebaran sampai ke Jepun sehingga ke Hawaii.
.
Pengaruh besar setanding gelaran keanggungan Beliau, digelar “Bapa Segala Nabi” oleh 3 agama dunia Jew, Kristian & ISLAM. Manakala(kemungkinan jika jasad yang sama) Hindu memberi gelaran “Tuhan Pencipta”, Budha dan lain-lain mengambil konsep ‘Dharma’, agama kuno Majusi penyembah api juga mengenali Ibrahim. Dalam kata lain Beliau adalah:
.
“ Bapa Segala Teologi ”.
.
Misteri besar yang diabaikan; mengenai kesamaan yang wujud:
.
Persamaan “ Brahma-Abraham-Ibrahim ”, tuhan Brahma mempunyai isteri bernama tuhan “ Saraswati(Tuhan ilmu) “ ; isteri kepada Nabi Ibrahim/Abraham AS ialah “ Sarah/Siti Sarah “. Manakala sungai yang dinamakan sempena Saraswati di india mempunyai anak sungai bernama “ Ghajjar “; Nabi Ibrahim/Abraham AS ada hamba yang juga menjadi isteri beliau bernama “ Hajar “. Formasi sosial atau ugama formal ‘kitab pertama’ mengikut perspektif Jew, Kristian & ISLAM ialah Nabi Ibrahim/Abraham AS.
.
Kesamaan ini “PASTINYA” LEBIH DARI SEKADAR KEBETULAN.
.
Melihat data-data kolektif Brahma yang ada pastinya pada pandangan Jew, Kristian, Islam & secular menerima kemungkinan lebih dekat kepada Nabi Ibrahim/Abraham AS. Tetapi pada pandangan Hindu, Budha, Jainism etc. data kolektif ini terpencil untuk terima dekat kepada Nabi Ibrahim/Abraham AS.
.
Maka saya tingalkan kepada kebijaksanaan & jiwa yang sihat kalian untuk menilai data ini. Wa illahualam...dan tuhan yg maha mengetahui
.
.
*Untuk kami Perspektif ISLAM wajib mencintai & mempercayai semua Nabi sepenuh-hati, TETAPI tidak boleh mengangkat Nabi samada Nabi Abraham, Jesus & ahmad PBUH menyamai Tuhan & sehingga tidak lagi boleh dibezakan dengan Tuhan.
.
Perspektf ISLAM mesej pokok semua Nabi adalah jelas sama "Berserah/devoted/sembah pada Pencipta( tuhan)" itu maksud perkataan ISLAM. Bukan berserah/devoted/sembah ciptaan.
.
" Bukankah telah datang kepada kamu khabar berita orang-orang yang terdahulu daripada kamu, iaitu kaum Nabi Nuh, dan Aad juga Thamud serta orang-orang yang kemudian daripada mereka ? Tiada sesiapapun yang mengetahui bilangan mereka melainkan tuhan. Mereka telah didatangi oleh rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, lalu mereka meletakkan tangan mereka ke mulut mereka sambil berkata: "Sesungguhnya kami kufur ingkarkan apa yang - mengikut dakwaan kamu - kamu diutus membawanya, dan sesungguhnya kami adalah dalam keadaan yang meragukan terhadap iman dan tauhid yang kamu ajak kami kepadanya". "
(kitab/Quran - Ibrahim 14:9)
.
" Rasul-rasul mereka bertanya: "Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya tuhan, yang menciptakan langit dan bumi? Ia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu. Mereka menjawab: "Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata". "
(kitab/Quran - Ibrahim 14:10)
.
" Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: "Kami ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu juga, tetapi tuhan melimpahkan kurnia-Nya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari umat-Nya; dan kami tiadalah berkuasa membawa kepada kamu sebarang bukti (mukjizat) melainkan dengan izin tuhan. Dan dengan yang demikian maka kepada tuhan jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri. "
(kitab/Quran - Ibrahim 14:11)
.
" Dan mereka mengadakan sekutu-sekutu bagi tuhan untuk menyesatkan manusia dari jalan-Nya. Katakanlah: "Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara di dunia), kerana sesungguhnya kesudahan kamu ke neraka". "
(kitab/Quran - Ibrahim/Abraham 14:30)
.
.
“ Bapa/Imam Segala Teologi ”

No comments:

Post a Comment