Assalamualaikum kepada kekasih tuhan......
Melihat tuhan melalui kaedah makrifat, adalah dengan tuhan. Hanya dengan tuhan sahaja tuhan dapat melihat tuhan. tuhan sahaja yang dapat melihat diriNya sendiri (tuhan melihat tuhan). Makhluk tidak akan sekali-kali dapat melihat atau memandang tuhan, melainkan Dia memandang Dia.
Mata adalah sifat makhluk, ada pun makhluk itu adalah bersifat binasa. Barang binasa dan barang mati, mana mungkin dapat melihat yang hidup. Mata kita itu, adalah barang mati. Barang mati masakan dapat melihat yang hidup. Jadi mana mungkin barang mati seumpama mata dapat memandang tuhan.
Cuba ambil mata ikan dan diletakkan mata ikan itu di atas meja, bolehkah mata ikan itu melihat? Melihatnya mata ikan itu, adalah dikerana dia hidup. Kalau ikan dah mati dan mata pun barang mati, mana mungkin barang yang mati dapat dilihat? Yang bersifat melihat itu, adalah kerana hidup. Sedangkan yang bersifat hidup itu, itulah tuhan. tuhan sahaja yang bersifat hidup. Hidup sahaja yang memandang hidup (tuhan sahaja yang memandang tuhan).
Itulah makanya pada ilmu makrifat hanya tuhan memandang tuhan dan memandang diriNya sendiri!. Makhluk bersifat tidak ada, mana mungkin sifat yang tidak ada mengadakan barang yang tidak ada, bukannya barang yang tidak ada mengadakan barang yang tidak ada. Yang ada itu ada dan yang tidak ada itu, tetap tidak ada. Setelah yang tidak ada itu tidak ada, barulah yang ada itu ada. Dan yang ada itulah yang akan melihat yang ada (tuhanlah yang melihat tuhan). Inilah ketetapan pegangan orang makrifat terhadap persoalan di atas soalan, siapa yang melihat tuhan...........
No comments:
Post a Comment