JUZ 9 / 9 RAMADHAN 1440H
Menterbalikkan sesuatu perkataan perintah ALLAH adalah perbuatan yg jelas zalim menzalimi diri sendiri. Sudah jelas tiada takwil lagi disuruh sujud dan rukuk, solat dan puasa. Namun ditukar sujud itu kepada mematuhi perintah larangan, ditukar solat kpd commitment sahaja bukannya yg perlu dilakukan pada waktu tertentu itu, ditukar puasa itu kepada makan dan minum semahunya, cuma menahan diri drp berkata-kata sahaja.
Allah SWT berfirman:
فَبَدَّلَ الَّذِيْنَ ظَلَمُوْا مِنْهُمْ قَوْلًا غَيْرَ الَّذِيْ قِيْلَ لَهُمْ فَاَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِجْزًا مِّنَ السَّمَآءِ بِمَا كَا نُوْا يَظْلِمُوْنَ
"Maka orang-orang yang zalim di antara mereka MENUKARKAN PERINTAH itu dengan perkataan yang tidak dikatakan kepada mereka. Oleh itu, Kami turunkan azab dari langit menimpa mereka, dengan sebab kezaliman yang mereka lakukan."
(QS. Juz 9, Al-A'raf 7: Ayat 162)
(QS. Juz 9, Al-A'raf 7: Ayat 162)
Orang yg mengkaji ayat2 kitab Quran dan meneliti ayat2 satu persatu telah diwarning ALLAH jgn sampai tersesat. Punca boleh tersesat kerana takbur dan angkuh merasakan dirinya shj betul dan para pewaris Nabi semuanya salah.
Allah SWT berfirman:
وَا تْلُ عَلَيْهِمْ نَبَاَ الَّذِيْۤ اٰتَيْنٰهُ اٰيٰتِنَا فَا نْسَلَخَ مِنْهَا فَاَ تْبَعَهُ الشَّيْطٰنُ فَكَا نَ مِنَ الْغٰوِيْنَ
"Dan bacakanlah kepada mereka, khabar berita seorang yang kami beri kepadanya ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan, maka menjadilah dari orang-orang yang sesat."
(QS. Juz 9, Al-A'raf 7: Ayat 175)
(QS. Juz 9, Al-A'raf 7: Ayat 175)
No comments:
Post a Comment